Saturday, September 14, 2013

GOPENG JANGAN ULANGI KESILAPAN MEMILIH CALON SEPERTI PENGGAL LEPAS  

Sejarah lepas dah ajar perwakilan Pemuda Bahagian Gopeng. Silap pilih calon, merana la sampai pemilihan baru. Tapi kalau bodoh jugak nak pilih spesis calon yang sama, elok jugak minum air limbah sebab mungkin perwakilan dah kena mandram.  

Aku dah nampak kali ni banyak calon mula ikut cara calon lama yang buat perangai. Elok sangatlah tu. Ingat perwakilan sekarang bodoh ke sampai boleh kena tipu dua kali.   Mampus la aku nak undi calon yang bidaah lebih. Bila nak mesyuarat perwakilan, baru sibuk cari nombor telefon orang tu orang ni. Aku bukan tak tau, tetiba jer naik nombor yang aku tak kenal. Tiba-tiba pulak jadi ramah telefon aku ngalahkan dah kenal 10 tahun je.

Tapi aku boleh terima kempen yang tak hipokrit. Perkenalkan diri dulu, ceritakan terus tujuan mesej dihantar. Tak payah buat-buat macam kenal aku walhal sebelum ni jumpa pun susah nak senyum, apa lagi kalu nak sembang panjang. Ajak minum lagi la haram, tak sebut langsung.  

Tapi aku jujur la cakap, masa jumpa seorang calon ketuapemuda bahagian Gopeng sebelum pilihan raya tu. langsung aku tak kenal dia siapa. Duduk sebelah aku, sebelah lagi aku kenal la. Memang calon naib ketua pemuda bahagian Gopeng yang akan bertanding... Abg Sham memang aku sokong untuk bertanding. Lepak minum sambil sembang dekat warung depan RHB bank Medan Gopeng sama-sama. Bila aku nak balik, baru la member aku kenalkan dia ni adalah calon Ketua Pemuda Bahagian Gopeng.  

Aku langsung tak tau selagi tak diberitahu. Memang dia Low Profile, taknak hebahkan dia adalah calon bertanding. Bila aku tau dia calon Ketua Pemuda Gopeng je... Korang faham je la. Tak sah kalau takde gambar. tapi sori la.. Gambar calon boleh tunjuk.. Gambar aku ada caj, $1,000,000 sekali tayang.   Ok la aku bagi tau siapa calon ketua pemuda tu.

Kalau dalam mesyuarat perwakilan , orang panggil dia Mohamad Adli Bin Tahiruddin. Dikalangan sahabatnya dia dikenali dengan nama Didi.   Aku rayu selaku rakan perwskilan korang yang duduk di Bahagian Gopeng. Kita bagi sokongan serta dokongan pada Didi. Kita jangan lupa sejarah hitam Gopeng yang baru berlalu.   Beri peluang pada Didi sebab menifestonya bukan sekadar janji manis.

No comments: