Thursday, September 12, 2013

MASIH ADA BANGSA AKU YANG MENGEMIS.

Di ibu negara. Ibu kota Kuala Lumpur, kota metropolitan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Yang gah dilihat dimata dunia.

Akan tetapi... Disebalik kebanggan yang ditonjolkan itu, masih ada bangsa aku yang merempat dibumi sendiri. Masih ada yang berumah dibawah jambatan konkrit. Apa dah jadi dengan bangsa aku? Dimana belas ehsan negara padakamu. Patut... Memang patut ada yang bersuara melaungkan kata "kami tuntut hak rakyat". Aku faham, aku lihat, aku simpati. Tapi bagaimana mampu aku bantu?

Aku juga sama macam kamu. Hanya mampu bersuara "tolonglah dia"... Gambar ini bukan lakonan. Gambar ini bukan dongengan. Inilah hakikat bangsa aku. Buat sang pemerintah. Lihatlah mereka, datangilah mereka dan bantulah mereka. Dimana mereka? Carilah di stesen LRT, bawah jambatan konkrit, dibawah jejantas, dikaki lima kedai sekitar ibu kota. Jangan sekadar bersembunyi didalam istana mewah.

Dulu aku cuma berduka cita melihat mereka, dulu aku hanya menggeleng kepala. Tapi kini aku mampu bersuara. Bukan kepada seorang dua, tetapi kepada seluruh dunia. Bahawa inilah nasib bangsa aku.

No comments: