Ledakan demi ledakan semangat berkobar dikalangan saf kepimpinan Pemuda UMNO Gopeng yang diterajui oleh Saudara Mohamad Adli Bin Tahiruddin (Didi) dan sahabatnya Saudara Shamuddin Bin Tajuddin (Sham) berlaku dalam usaha memulihkan noda hitam di Gopeng.
Ini tidak dapat dinafikan lagi apabila rata rata penyokong menyatakan taat setia mereka untuk terus berdiri dibawah teraju utama pemuda Gopeng tersebut. Beliau (saudara Didi) sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk bukan sahaja memulihkan pentadbiran pemuda UMNO Gopeng malah menambah baik segala apa yang kurang agar mampu memberikan kelancaran kepada segala jentera pemuda UMNO disini.
Aku bangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Saudara Didi dan Saudara Sham. Semuanya bekerja dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan imbuhan. Dan yanh paling terharu ialah niat yang mereka zahirkan untuk mewujudkan sebuah pejabat bagi urusan pemuda UMNO Gopeng.
Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kerana sudi mendengar suara pemuda dikawasan ini. Para perwakilan sekalian. Inilah peluang intuk kita memebus kembali maruah Gopeng yang telah suram akibat kerakusan pemimpin sepenggal dahulu.. kita undi Saudara Mohamad Adli Bin Tahiruddin dan Saudara Shamuddin Bin Tajuddin serta barisan saf pentadbiran pemuda UMNO Gopeng susunan beliau.
No comments:
Post a Comment