Thursday, September 12, 2013

KITA PERLUKAN CALON BERWIBAWA DI GOPENG

Gopeng merupakan satu daerah yang tidak asing lagi bagi penduduk di Negeri Perak khususnya Ipoh. Dari sudut sosioekonominya, rata-rata penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan.

Dari sudut kawasan mengundi pula Gopeng merangkumi beberapa tempat disekitar zon Simpang Pulai, zon Sungai Rapat, dan zon Teja.

Pada pilihanraya yang baru berlalu, majoriti penduduk di Gopeng telah menolak kepimpinan Parti Barisan Nasional untuk menerajui pentadbiran negara.

Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati terdapat masalah yang berkait rapat dengan soal kemajuan kawasan ini.

Pada pemilihan saf kepimpinan UMNO yang akan datang ini, calon yang berkaliber serta mampu berduara didalam parti sangat perlu. Rakyat serta ahli didalam parti mahu satu perubahan dibuat bagi membangunkan semula kawasan Gopeng mengikut keperluan masyarakat.

Setakat ini, dalam kelompok pemuda UMNO bahagian Gopeng hanya terdapat seorang sahaja yang layak menerajui kepimpinan saf pemuda UMNO iaitu saudara Adli Bin Tahiruddin (Dato' Tahiruddin) atau lebih dikenali dengan nama saudara Didi. Aku dah bertemu dengan beberapa calon yang ingin bertanding sebagai calon ketua pemuda bahagian. Namun begitu hampa dengan menifesto yang dibentangkan.

Kebanyakan menifesto tersebut lebih kepada keuntungan peribadi dan bukan untuk keperluan masyarakat dan parti. Kita tidak boleh mengulangi sejarah ketua pemuda bahagian Gopeng yang lama. Tatkala memegang jawatan ketua pemuda bahagian Gopeng, terus lenyap bersama jawatan yang disandang.
Aku melihat sikap low profile Saudara Didi yang tidak sombong bila bersama sahabat dan kenalan beliau. Kalau minum pun di warung sahaja, bukan di Voffee House Hotel seperti mana yang dilakukan oleh calon lain.

Kini tiada kompromi lagi terhadap calon yang bersikap begini. Wajib kita menolak calon yang mementingkan diri sendiri. Aku menyeru para perwakilan Gopeng supaya memberikan sokongan kepada Saudara Didi selaku calon berwibawa... (aku tak dibayar pun... korang jangan ingat aku dapat hasil. Duit minyak pun aku tak ada nak isi). Aku kenal mana calon yang layak, mana calon yang tak layak.

Sekali lagi aku menyeru perwakilan Gopeng...

》》》》》》 UNDI SAUDARA DIDI DAN SAF ANGKATAN PILIHAN BELIAU.... JANGAN BAGI PISANG BERBUAH DUA KALI. 《《《《《《

No comments: