Sunday, September 29, 2013

Buah Tunjuk Langit

Asyik cerita bab politik jer aku ni.. Sekali sekala nak jugak cerita bab perubatan alami.. Kita gelarnya juga sebagai perubatan alternatif. Ramai orang suka cakap bab buah tunjuk langit, bukak laman web dan baca dalam forum yang membincangkan tentang buah tunjuk langit.

Apa tu buah tunjuk langit. Nama je buah tapi rasanya tak la macam buah sebab pahit ya amat.aku sendiri pengamal buah tunjuk langit ni yang aku dapati dari sebuah stall di memory lane (lam lokkin) pekan Ipoh pada setiap ahad. Selalunya aku beli sebungkus dengan harga RM10.00 untuk stok dua minggu.

Aku ni penghidap kencing manis sejak umur 18 tahun lagi. Mungkin sebab lepas habis tingkatan lima, aku tak aktif atas padang dah. Amalan pemakanan pun ganas sebab aku suka minum air berkarbonat. Sejak tu la aku mengalami macam-macam masalah berkaitan penyakit kencing manis. Antaranya ialah cepat letih, kencing kena hurung semut, bisul senang tumbuh, ngantuk tapi susah tidur, kencing kerap terutamanya waktu malam (1/2 jam sekali), mata kabur dan yang paling teruk luka aku susah sembuh. Bertahun-tahun aku cari penawar penyakit ni, selalunya aku memang bergantung penuh pada ubat hospital. Sampailah satu masa, doktor suruh aku guna insulin. Aku cabut lari tak ikut appointment doktor dah.

Beberapa tahun lalu aku diperkenalkan dengan buah tunjuk langit oleh seorang abang di memory lane. Dia la yang bagi tahu aku tentang buah tunjuk langit ni. Untuk tak menghampakan hasrat dia sebagai peniaga, aku pun beli la sebungkus buah tunjuk langit ni dengan nilai sepuluh ringgit. Balik rumah aku ikut la cara yang abang tu ajar. Keluarkan 2 biji isi, Lipat dalam plastik dan ketuk dengan tukul sampai buah tu lumat, Campur sikit je air ( 0.01 titis) untuk lembabkan buah tu. lepas tu gentel sampai jadi bulat. Buah tu akan kelihatan berminyak. Lepas aku makan buah tunjuk langit ni, macam macam perubahan yang aku alami dari sudut kesihatan. Stamina bertambah, kurang letih, kulit aku pulih semula, pinggang dan sendi lutut tak sakit, kurang dahaga dan paling pasti aku jadi macam orang normal yang tak sakit dah. Itulah kesannya..

Amalkan sebiji buah yang siap digentel tu setiap pagi selama 3 hari berturut turut bagi pesakit kronik. Lepas tiga hari tu baru la selang 1 hari untuk memakannya. Buah ni pahit sangat.. Kalau pesakit diabetes rasa pening atau berpeluh selepas makannya, sila ambil tindakan kecemasan bagi kes hypo glucose. Itu tandanya gula dalam badan sangat kurang.

Buah tunjuk langit ni insyaallah mampu jadi penawar pelbagai penyakit dan bisa. Aku sendiri akan simpan sebiji dua dalam poket (simpan dalam plastik kecil) untuk kes kecemasan terutamanya bila masuk hutan. Korang fahamlah maksud aku kalau untuk kes dalam hutan. Macam-macam ada....

Yang pasti, bila korang yang kena kencing manis dan menunggu saat potong kaki... Inilah yang akan menghentikan aktiviti pembusukan kaki tu. aku tak tipu. Aku sendiri makannya. Ramai yang suka tulis dalam blog pasal tunjuk langit tapi tak mengalaminya sendiri. Sebiji viagra memang mahal harganya. Tapi dengan sepuluh ringgit, korang boleh dapat lebih kurang 100 biji buah tunjuk langit yang powernya melebihi power viagra. Siapa yang air seni dia kurang, try la buah tunjuk langit. Boleh jadi harimau (hari hari mau).. Tapi ingat, mesti minum banyak air dan jangan ambil kerap sebab anda boleh hypo glucose.. Nak power lagi? Gunakan ia bersama air tongkat ali sama ada livita ke, power root ke mahupun long jack orang kampung serta minuman power yang lain.. Baru la balance pahit campur manis.

Kalau orang kencing manis, cukup la sekadar buah tunjuk langit ni sahaja.. Tak perlu campur dengan minuman power...

Bagi yang belum mencuba buah tunjuk langit ni.. Aku ucapkan selamat mencuba dan selamat bertukar menjadi ultraman taro bila bersama isteri....

.........................................................................................
Tiga bahan aktif yang utama dalam tunjuk langit

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.

.......................................................................................................................

Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita.

Firman Allah S.W.T.

“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya” – QS Faathir:27













2 comments:

suami perkasa said...

Salam semua, ingat lagi masa mula-mula rasa buah ni. Pahitnya ya amat, sampaikan makan apa pun lepas tu masih lagi terasa pahitnya. Tak sanggup nak mencuba lagi.

La ni makan dan jual yang dah dikapsulkan ajer. Kandungan khasiatnya tetap sama.

Kepada sesiapa yang ingin membeli sila layari web dibawah:

http://tunjuklangit.bestoneoffour.com/

asynabeautelife.com.my said...

memang pahit pun...tapi skrang ni amik kopi premix jer. tunjuk langit + catuaba + tongkat ali. alhamdulillah ok..pkai gula stevia lagi. baru rm24 utk 10 paket. ok la tuh.. :)