Wednesday, April 20, 2011

DAP Ibarat Parasit Dalam Pembangkang

Hidup atas nama pembangkang, itu istilah yang paling sesuai buat parti ini. Sekian lama DAP menghadapi susah payah diatas penubuhannya ketika awal kemerdekaan dahulu dan kini sudah bergelar parti yang aktif menakluk beberapa kawasan di Malaysia.

Tetapi apakah hidupnya parti ini kerana wujudnya beberapa parti gergasi yang lain disamping mendapat bantuan beberapa parti yang tumbuh bagai cendawan? Inilah yang sedang kita lihat sepanjang berlangsungnya perjalanan politik tanah air. Lebih dikesalkan lagi adalah cara parti ini bergerak dengan berselindung disebalik kredibiliti parti pakatan mereka yang lebih agresif dan dalam masa yang sama menghirup darah parti-parti yang lain hingga menemui kekalahan tanpa disedari oleh parti yang bergerak sama dengan DAP.

Lihat sahaja contoh Pilihanraya DUN Sarawak dimana PKR yang menghantar wakilnya bertanding telah mengalami kekalahan teruk sedangkan DAP memperolehi kemenangan yang lebih banyak hingga mampu menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari SUPP.

Adakah Pakatan pembangkang masih tidak sedar akan muslihat ini hinggakan terkorban angkara DAP? Strategi DAP yang sangat licik telah mengaburi dua parti besar iaitu PAS dan PKR akan tetapi dapat dibaca oleh para penganalisis politik. DAP mempunyai pelan penaklukan Malaysia melalui beberapa buah negeri sebagai checkpoint seterusnya menjadikan negeri taklukan mereka sebagai center untuk meluaskan kawasan.

Apa yang harus kita ketahui ialah dasar perkongsian DAP yang berat sebelah dimana parti-parti lain tidak boleh mengganggu gugat kawasan DAP akan tetapi parti DAP boleh mencampuri urusan parti lain. Kita ambil contoh seperti apa yang berlaku di Perak setelah BN mengalami kekalahan besar pada PRU 12. PAS yang sepatutnya mentadbir telah dipertikaikan oleh DAP kerana menteri besarnya bukandari kalangan ahli DAP sendiri. Sedangkan undang-undang Perak berkehendakkan bahawa Menteri Besar mesti terdiri dari Bangsa Melayu Beragama Islam.

Jelaslah apa yang Parang pedang katakan disini semuanya berdasarkan fakti serta bukti kukuh. Bukan sekadar omong-omong kosong seperti yang selalu didakwa oleh puak pembangkang. Menjadi harapan parang pedang semoga mesej kesedaran ini akan sampai ke lubuk hati para penyokong parti pembangkang agar menerima hakikat bahawa siapa sebenarnya DAP didalam Malaysia.

Artikel akan datang: “Apakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?”

2 comments:

Ashriq Fahmy said...

Salam,

Payah bro nak cakap dengan juak2 totok PAS, PKR ni...klu dah dalam ususnya penuh dengan dendam kesumat yang x berbelah bagi kepada BN...

Dulu dok dalam BN kena cantas, projek hapah pun x dapat pasal mereka ni dok masuk/ dok dalam BN sebenarnya nak projek jer..

Bila kecewa keluar BN, masuk PKR kononnya buleh menangla jadi ADUN, baru masyukk sekali kena tunggang dengan DAP yang licik dan bijak mengambil peluang ditengah2 krisis pepecahan Melayu..

Yang x sedar2 Melayu dalam PASngok dan Parti Keldaian Rakyat dok suka lagi kena suntut dengan DAP...

Cakap apa pun x guna labro kat depa ni...hati dah hitam, usus dah bernanah, kanser dah tahap kritikal...x payah nasihat2 lagi dah kat juak2 penganut agama PAS dan juak2 Gay PKR ni...

Kita benamkan jer dalam tanah, x payah susah2 kita nasihat dah...org dah buta perut cakap apa pun x nak dengar..dasar si kitul zaman moden depa ni...

Islam, Melayu hancur ditanah air sendiri kerana depa ni la....

Laksamana Parang Pedang said...

betul tu saudara. kesedaran tentang ancaman DAP masih tidak dirasai kerana pembangkang masih terbuai dengan mimpi indah konon-kononnya perjuangan mereka adalah jihad. sedang mereka tidak sedar pakatan DAP hanyalah untuk PAP di Singapura.