Tuesday, March 31, 2009

Nizar disuruh tutup mulut sepanjang kempen?

Kenapa pula dengan Boneka ni? Dulu dah diikat dari mengendalikan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Kini disuruh pula tutup mulut?

Apakah maruah Nizar kini ditentukan oleh pihak lain? Dan inikah yang dipilih oleh PAS untuk mentadbir negeri dan Parlimen Bukit Gantang? Sungguh memalukan. Nizar seperti yang kita ketahui seperti dipukau untuk melakukan kerja bagi pihak tertentu. Bagai lembu dicucuk hidungnya, Nizar hanya menurut telunjuk orang lain seolah-olah beliau tiada kuasa sebagai pentadbir.

Inikah yang layak dipanggil sebagai wakil rakyat? ibarat telaga digali airnya dicurah ke laut. Setelah dilantik sebagai yang berkhidmat, tiada apa jasa yang disumbangkannya. Fikirkanlah, apa akan terjadi jika beliau menang di Parlimen Bukit Gantang P59 kelak. Bayangkanlah berapa banyak hasil rakyat yang akan dia salurkan keluar untuk kepentingan sendiri. Rakyat Bukit Gantang bukan lagi seperti dulu, mereka sedar bertapa perlunya kemajuan dan pembangunan dalam kawasan mereka. Tak perlulah pembangkang menaburkan janji kosong dan gula-gula kepada masyarakat Bukit Gantang.

Monday, March 30, 2009

BAGI $ "HARAM".. TAK BAGI $ "HARAM JADAH"

Inilah yang kita akan perkatakan dalam budaya polituik hari ini. Mana-mana parti politik pun sama sahaja. jangan dikata parti melayu sahaja. Pembangkang pun ada budaya haram dan haram jadah ni.

Memang orang takkan sebut wang sogokan, biasanya ia dipanggil peruntukan. Peruntukan? diperuntukkan untuk siapa? Pembangkang jangan sembunyikan bangkai gajah dalam tudung saji. UMNO bukan tak nampak apa yang pembangkang lakukan, cuma UMNO diam sahaja sebab tak mahu cari pasal dengan pembangkang. Lain pula dengan para pembangkang, asal beri wang dikatakan sedekah, asal gunakan wang dikatakan sebagai kebajikan. Bila UMNO gunakan wang rakyat, dikata pula membazir, curi wang rakyat. Apakah pembangkang tidak tahu bahawa wang itu disalurkan kepada rakyat kembali tetapi dalm bentuk kemudahan. Jangan tak mengaku kalau saya katakan disini " siapa yang tak kelabu mata bila melihat wang? ". Saya faham ada yang akan kata beri wang itu hukumnya HARAM... tapi bila tak diberi pula maka orang itu HARAM JADAH. Inilah yang berlaku dalam senario politik baik kita dalam Barisan Nasional mahupun PEMBANGKANG.

Maka jalan terbaik bagi kita semua ialah menghapuskan dasar politik wang dalam parti dan melupuskan istilah Haram Jadah kepada mereka yang menentang politik wang. Dengan itu, pastinya maruah setiap parti akan terpelihara sentiasa.

3 PANGLIMA BERSAMA SEMULA

Suatu peristiwa yang amat mengharukan telah berlaku didalam PWTC semasa perhimpunan agung UMNO tempoh hari mampu mengalirkan air mata para pejuang kemerdekaan serta aktivis pembela bangsa dan tanah air. Setelah Dato' Seri Najib diangkat sebagai bakal Perdana menteri dan disokong penuh oleh Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi, datang pula Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan sokongan padunya kepada bakal Perdana Menteri baru.

Bapa wawasan 2020, Pembawaannya masih kekal hingga ke hari ini dan sedang menanti detik waktu yang ditunggu-tunggu.


Wawasan 2020 yang dinanti-nantikan dihiasi pula dengan warna warni budaya Islam.


Apa pula pembawaan najib? Apakah kehadirannya bakal menjadi gelombang UMNO yang paling besar dalam sejarah parti? Sama-sama kita nantikannya. Apa pun yang di perkatakan disini, kehadiran mereka bertiga sudah cukup untuk kita ramalkan kehebatan UMNO akan datang.

Mengapa Harus Menentang UMNO wahai PEKIDA?

PEKIDA atau Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah merupakan sebuah pertubuhan yang mempertahankan Agama Bangsa serta Tanah Air daripada anasir jahat yang cuba menjatuhkan negara.Penaung bagi PEKIDA ialah Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi yang merupakan seorang tokoh terkenal dalam UMNO. Sayang sekali terdapat beberapa berita yang agak kurang menyenangkan hasil dari maklumat risikan yang mengatakan semasa dalam tempoh berkempen politik di Bukit Gantang, terdapat beberapa Ahli PEKIDA yang lebih cenderong kepada Pembangkang yang mengenepikan hak Alif Ba Ta (Agama, Bangsa & Tanah Air). Ditambah pula ada suara mengatakan calon BEBAS di Bukit Gantang adalah Penasihat PEKIDA. Ini amat memalukan kerana PEKIDA ditubuhkan untuk membantu UMNO seperti sumpah setia mereka pada asal penubuhannya. Jika ditanya kepada para ayahanda yang mula-mula sekali dalam pertubuhan ini, jawapan mereka sudah pasti untuk membantu perjuangan UMNO. Sayangnya, mereka yang kemudian menyertai PEKIDA sudah menyalah tafsirkan tentang matlamat perjuangan pertubuhan ini. PEKIDA ini tertubuhnya adalah dibawah naungan perdana menteri sendiri,sebagai mata dan telinga UMNO. Bertujuan memberikan maklumat tentang situasi keselamatan terhadap masyarakat kepada kerajaan pimpinan UMNO bagi tindakan selanjutnya. Tetapi apa yang terjadi pula adalah sebaliknya, ada pula ahli pertubuhan ini yang menyertai unit amal PAS dan membantu PR mengganyang ahli UMNO serta mengugut pengundi pilihanraya. Kepada ahli PEKIDA, fikirkanlah matlamat asal perjuangan anda supaya tidak menyimpang jauh dari landasan asal. PEKIDA yang selama ini diharapkan dengan harapan yang tinggi oleh UMNO sepatutnya melaksanakan amanah dengan penuh bertanggungjawab demi keamanan agama dan bangsa.

Friday, March 27, 2009

Tahniah kepada kepimpinan baru UMNO Malaysia.

Perjuangan masih belum salesai. Itulah yang harus ditanamkan didalam diri setiap pucuk pimpinan baru sama ada muka lama atau yang baru memegang jawatan tertinggi. Tanggungjawab yang dipikul haruslah hendaknya digalas dengan amanah tanpa ada dasar hulur dan menerima sogokan. Haruslah pemimpin semua tahu, wang bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Tetapi ia bukanlah alasan untuk para pemimpin menjadikan wang sebagai alat untuk membeli para perwakilan mahupun orang yang memilih mereka sebagai pemimpin. Rakyat masa kini bukan lagi ketinggalan zaman, mereka semuanya sudah pandai belaka. Oleh yang demikian, pemimpin juga harus pandai dalam hal pentadbiran dan menunjukkan nilai contoh pemimpin yang baik serta bijaksana. Rakyat mahukan pembangunan, bukannya janji kosong daripada pemimpin yang dipilih.

Buat para pemimpin yang terpilih, jutaan tahniah diucapkan oleh akar umbi parti. Cuma apa yang mahu diperingatkan ialah janganlah ada diantara pemimpin yang lupa siapa yang menaikkannya. Bukan wang atau harta yang diminta atau harta benda, tetapi janji untuk memimpin dengan adil adalah kehendak rakyat.

Thursday, March 26, 2009

NIZAR TAK ADA ETIKA.


Disaat bumi Perak masih merasai bahang peralihan kuasa daripada pembangkang kepada Barisan Nasional. Pembangkang kini membuka hal baru berkenaan dengan calon PAS di Bukit Gantang dengan menamakan Dato' Seri Nizar Jamalludin sebagai wakil. Amat memalukan kerana Dato' Nizar Yang masih mengaku diri sebagai menteri besar kini cuba merebut kuasa sebagai wakil rakyat di P 059 Bukit Gantang. Dimana janji beliau kepada rakyat Perak yang selama ini mengharapkan kepimpinan beliau? Berbeza dengan Dato' Zambry yang rela melepaskan peluang bertanding dalam majlis tertinggi UMNO semata-mata demi kepentingan Rakyat. Dimanakah perginya Nizar? Inikah nilai mulia seorang pemimpin yang sepatutnya berada dibarisan hadapan disaat pengikutnya sedang berjuang untuk Perak dan mengutamakan kuasa demi kepentingan peribadi. Mursyidul Am Dato Nik Aziz sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Nizar yang mahu bertanding. Nampak sangat cara Nizar ini membelakangkan etika kepimpinan.


Kebijaksanaan rakyat sebagai hakim semasa pilihanraya amat diperlukan supaya tiada lagi pemusnah rakyat yang wujud dalam kawasan mereka. Kepada Warga Bukit Gantang, fikirkanlah bertapa UMNO menjanjikan keadilan kepada anda semua. Calon UMNO Bukit Gantang bukanlah sebarangan orang kerana dia adalah warga Bukit Gantang sendiri dan amat memahami keadaan dan suara rakyat Bukit Gantang.



Dibandingkan dengan Nizar Jamaluddin, beliau bukanlah warga Bukit Gantang bahkan beliau hadir sebagai orang luar yang mengagantikan Allahyarham Saudara Roslan Shaharom. Kita janganlah samakan antara kedua-dua calon ini iaitu Saudara Nizar dan Allahyarham Saudara Roslan kerana Allahyarham Roslan adalah seorang yang memegang pada etika politik. Oleh yang demikian, fikirkanlah wahai Pengundi Bukit Gantang. 4 tahun iaitu sepenggal sudah cukup UMNO membuktikan pembangunan dikawasan anda. Janganlah tuan-tuan dan puan-puan semua mengikut emosi dihati. Bukalah minda anda semua dan fikirkanlah nasib warisan kita yang akan terlepas peluang merasai pembangunan.

Saturday, March 21, 2009

Bukit Gantang

Bukit Gantang.... Nama yang tidak asing lagi dikalangan para pejuang politik Malaysia. Sebuah medan pertempuran yang paling sengit antara 2 ideologi. Satu yang memperjuangkan Islam semata-mata dan satu lagi mempertahankan 3 dalam satu iaitu agama, Bangsa dan negara. Pembngunan Bukit Gantang adalah perlu selain daripada menjaga kebajikan penduduknya semata-mata. Barisan Nasional merupakan sebuah parti yang mampu memberikan kedua-duanya berbanding PAS yang hanya melaungkan slogan keadilan untuk rakyat semata-mata tanpa memikirkan tentang soal pembangunan masyarakat setempat. Kemajuan Bukit Gantang akan dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sekiranya memenangi kerusi Parlimen di kawasan tersebut dan ini telah dijanjikan oleh calon wakil Rakyat dari UMNO sendiri.

Masyarakat di Bukit Gantang adalah terdiri golongan yang bijak dalam hal ehwal politik tanah air. Kerajaan Barisan Nasional menganggap mereka umpama butiran mutiara yang harus dijaga dengan baik. Namun keistimewaan masyarakat setempat di Bukit Gantang tidak dihargai oleh Pembangkang. Hanya laungan janji-janji kosong sahaja yang mereka berikan kepada penduduk disitu. Malah mereka juga meletakkan calon bukan masyarakat setempat tidak seperti yang dilakukan oleh UMNO. Apakah ini yang dinamakan kebajikan untuk rakyat? bagaimana rakyat boleh berjumpa dengan pemimpinnya sedangkan wakil pembangkang tidak bermastautin di kawasan berkenaan. Sama-samalah kita fikirkan sama ada mahu kekal seperti katak dibawah tempurung atau menikmati pembangunan seiring dangan wawasan negara.

Sunday, February 15, 2009

Daulat Tuanku!


Baru-baru ini Dunia politik di Malaysia Gempar berikutan 3 adun dari Pakatan Pembangkang keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan organisasi parti mereka. Begitu juga kembalinya Adun Bota ke pangkuan UMNO semula. Kesannya, Perak yang telah ditawan selama 11 bulan oleh Pakatan Pembangkang kini mula beralih pentadbiran dibawah Kerajaan Barisan Nasional. Ini jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional masih relevan untuk Malaysia.

Janji Anwar Ibrahim untuk memerintah Malaysia pada 16 September 2008 hanyalah 'angan-angan Mat Jenin' semata-mata. Ketidak sefahaman antara ahli dalam Pakatan Pembangkang menyukarkan sistem pentadbiran mereka. Setiap Parti dalam Pakatan Pembangkang mempunyai manifesto yang berlawanan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, adalah mustahil bagi mereka untuk membentuk kerajaan yang sepakat dan sekata.

Dalam hal ini, apa yang berlaku di negeri Perak adalah satu perubahan yang positif kerana Pentadbiran PAS tidak mendapat sokongan rakyat Perak berikutan beberapa kesilapan yang ketara oleh Menteri Besarnya iaitu saudara Nizar jamaluddin. Tambahan pula Baginda Paduka Seri Sultan Perak menitahkan agar Nizar meletakkan jawatannya menunjukkan Baginda tidak berkenan PAS mentadbir negeri baginda.

Namun begitu, terdapat suara-suara biadab yang menghina baginda tuanku. Namun taat setia rakyat Perak tidak berbelah bagi, Seluruh tempat di negeri Perak digemakan dengan laungan Daulat Tuanku. Ramai pihak menyebelahi Baginda Sultan Perak membuatkan Pakatan Pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa. Semoga Perak terus makmur dibawah Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa taat pada perintah raja.

Tuesday, December 9, 2008

BN TURUNKAN HARGA MINYAK LEBIH DARIPADA JANJI PKR




Ketika pilihanraya yang lalu, Pakatan Rakyat pernah menjanjikan penurunan harga minyak sebanyak 30 sen untuk rakyat. Akibat daripada janji itu, maka seperti kanak-kanak mendapat gula-gula lalu rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai pilihan. Sebaliknya Barisan Nasional pula yang menurunkan harga Petrol dan bukannya Pakatan Rakyat yang pernah menjanjikan penurunan harga petrol.
Kini Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan harga minyak sehingga RM1.70 seliter. Seperti saya, harga ini cukup menyenangkan kerana kini saya sudah mampu pergi kemana-mana sahaja dengan senang. Terengganu? Kelantan? Pahang? Perak? Selangor? Kedah? Pulau Pinang? semuanya boleh. Sebab saya kini boleh berjimat dengan penurunan harga minyak. Satu Rahsia saya lagi.. Dari Ipoh ke Taiping - Taiping ke Ipoh, kos bahan api saya cuma 30.00 sahaja termasuk bersiar-siar dalam Bandar Taiping. Sebab utama kejayaan menurunkan minyak ini ialah kajian demi kajian ekonomi dijalankan sentiasa untuk kepentingan rakyat Malaysia. Kerajaan BN mempunyai sejumlah ramai pakar ekonomi dan teknokrat yang mampu menggembeling tenaga dalam menaik taraf hidup masyarakat di Malaysia. Bukan sekadar menjadikan negara ini negara berkebajikan tanpa perancangan, tetapi memberikan ilmu pengetahuan kepada warga negara agar mampu berdikari dan membina kehidupan sendiri. Pengalaman mentadbir lebih dari 50 tahun merupakan suatu bonus kepada kerajaan BN untuk memajukan negara dan rakyatnya. Oleh yang demikian, adalah harus bagi kita untuk memilih dengan bijak siapakah pemimpin yang harus dipilih. Kepada rakyat Malaysia, jutaan terima kasih dari Barisan Nasional kerana mempercayai kepimpinan parti ini untuk terus memperjuangkan nasib rakyatnya. Terima Kasih dari kami...

Sunday, December 7, 2008

PERJUANGAN UMNO


Ada yang mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tidak relevan lagi di Malaysia. Bermula dari dasarnya yang didakwa bertunjangkan ideologi sekularisma hinggalah kepada perlaksanaannya yang dituduh mengamalkan perundangan kafir. Namun begitu semua dakwaan serta tomahan seperti ini tidak berasas sama sekali. Apa yang pasti adalah parti ini mempertahankan agama bangsa dan negaranya. Bukan ingin menghina pembangkang tetapi terimalah kenyataan bahawa PKR adalah serpihan UMNO yang fanatik terhadap Dato seri Anwar Ibrahim. Manakala PAS memperjuangkan Islam di Malaysia. Tetapi dengan dasar yang melampaui batas dan caranya yang masih samar. Buktinya kemenangan pas hanya kukuh di kelantan sahaja sebelum ini. Sebahagian yang mengundi pembangkang sebelum ini ialah ahli UMNO sendiri yang berpaling tadah buat sementara waktu untuk menginsafkan UMNO. Insyaallah pada pilihanraya yang akan datang selepas pentadbiran pusat baru dibina, maka ahli bn yang berpaling tadah ini akan menyokong BN semula. Hidup umpama roda, sekejap diatas dan sekejap dibawah. Contoh paling ketara ialah Terengganu yang pernah kalah kepada PAS tetapi akhirnya ditawan oleh UMNO semula. PKR pernah menjanjikan turunnya harga minyak di negara ini, tetapi sebaliknya kerajaan pusat menurunkan harga itu lebih daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang.



Penaklukan pembangkang keatas 5 buah negeri semenanjung amat diinsafi, tetapi kemenangan ini tidak digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menawan seluruh hati rakyat. Sebaliknya Pembangkang mula membalas dendam dengan menekan perasaan ahli UMNO dengan kata cerca dan sikap prejudisnya. UMNO tidak membalas kata-kata malah meneruskan pemerintahan dengan adil dan saksama tanpa prejudis.Tangisan pejuang melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan bagai wira tak didendang. Namun begitu semangat Melayu yang kukuh pada waktu itu telah mewujudkan UMNO. Bermula dari selatan tanah air sehinggalah ke utara semenanjung, UMNO mendapat sokongan padu pelbagai tahap masyarakat tidak kira tua atau muda dan bukan melayu.
Memang tak dapat dinafikan bahawa UMNO tidak terkecuali dari terpalit dengan budaya politik wang, akan tetapi bukan UMNO sahaja yang terlibat malah pihak pembangkang juga ada melakukannya. Tidakkah kita sedar selama ini bahawa UMNO bermati-matian menyatukan seluruh tanah semenanjung, Sabah dan Sarawak Dibawah satu payung iaitu Malaysia.
Reformasi PKR hanya wujud apabila berlakunya pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4. Kewujudan PKR yang didakwa sebagai pembaharuan sistem pemerintahan di Malaysia hanyalah sebuah rekaan semata-mata. Dasar yang diperkenalkan oleh PKR adalah dasar yang dicedok dari Barisan Nasional. Kita semua tahu bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika dahulu adalah seorang yang sangat bencikan parti PAS dan DAP. Sejak menghadapi tuduhan yang memalukan disamping dakwaan rasuah terhadap beliau, Dato Seri Anwar mula menghalakan tumpuannya terhadap PAS dan DAP seterusnya membentuk PKR pada tahun 1998. Disini kita semua tahu bahawa matlamat sebenar PKR adalah atas dasar dendam dan bukannya atas dasar "REFORMASI".