Bukit Gantang.... Nama yang tidak asing lagi dikalangan para pejuang politik Malaysia. Sebuah medan pertempuran yang paling sengit antara 2 ideologi. Satu yang memperjuangkan Islam semata-mata dan satu lagi mempertahankan 3 dalam satu iaitu agama, Bangsa dan negara. Pembngunan Bukit Gantang adalah perlu selain daripada menjaga kebajikan penduduknya semata-mata. Barisan Nasional merupakan sebuah parti yang mampu memberikan kedua-duanya berbanding PAS yang hanya melaungkan slogan keadilan untuk rakyat semata-mata tanpa memikirkan tentang soal pembangunan masyarakat setempat. Kemajuan Bukit Gantang akan dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sekiranya memenangi kerusi Parlimen di kawasan tersebut dan ini telah dijanjikan oleh calon wakil Rakyat dari UMNO sendiri.
Masyarakat di Bukit Gantang adalah terdiri golongan yang bijak dalam hal ehwal politik tanah air. Kerajaan Barisan Nasional menganggap mereka umpama butiran mutiara yang harus dijaga dengan baik. Namun keistimewaan masyarakat setempat di Bukit Gantang tidak dihargai oleh Pembangkang. Hanya laungan janji-janji kosong sahaja yang mereka berikan kepada penduduk disitu. Malah mereka juga meletakkan calon bukan masyarakat setempat tidak seperti yang dilakukan oleh UMNO. Apakah ini yang dinamakan kebajikan untuk rakyat? bagaimana rakyat boleh berjumpa dengan pemimpinnya sedangkan wakil pembangkang tidak bermastautin di kawasan berkenaan. Sama-samalah kita fikirkan sama ada mahu kekal seperti katak dibawah tempurung atau menikmati pembangunan seiring dangan wawasan negara.
No comments:
Post a Comment