Perjuangan masih belum salesai. Itulah yang harus ditanamkan didalam diri setiap pucuk pimpinan baru sama ada muka lama atau yang baru memegang jawatan tertinggi. Tanggungjawab yang dipikul haruslah hendaknya digalas dengan amanah tanpa ada dasar hulur dan menerima sogokan. Haruslah pemimpin semua tahu, wang bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Tetapi ia bukanlah alasan untuk para pemimpin menjadikan wang sebagai alat untuk membeli para perwakilan mahupun orang yang memilih mereka sebagai pemimpin. Rakyat masa kini bukan lagi ketinggalan zaman, mereka semuanya sudah pandai belaka. Oleh yang demikian, pemimpin juga harus pandai dalam hal pentadbiran dan menunjukkan nilai contoh pemimpin yang baik serta bijaksana. Rakyat mahukan pembangunan, bukannya janji kosong daripada pemimpin yang dipilih.
Buat para pemimpin yang terpilih, jutaan tahniah diucapkan oleh akar umbi parti. Cuma apa yang mahu diperingatkan ialah janganlah ada diantara pemimpin yang lupa siapa yang menaikkannya. Bukan wang atau harta yang diminta atau harta benda, tetapi janji untuk memimpin dengan adil adalah kehendak rakyat.
No comments:
Post a Comment