Monday, March 30, 2009
Mengapa Harus Menentang UMNO wahai PEKIDA?
PEKIDA atau Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah merupakan sebuah pertubuhan yang mempertahankan Agama Bangsa serta Tanah Air daripada anasir jahat yang cuba menjatuhkan negara.Penaung bagi PEKIDA ialah Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi yang merupakan seorang tokoh terkenal dalam UMNO. Sayang sekali terdapat beberapa berita yang agak kurang menyenangkan hasil dari maklumat risikan yang mengatakan semasa dalam tempoh berkempen politik di Bukit Gantang, terdapat beberapa Ahli PEKIDA yang lebih cenderong kepada Pembangkang yang mengenepikan hak Alif Ba Ta (Agama, Bangsa & Tanah Air). Ditambah pula ada suara mengatakan calon BEBAS di Bukit Gantang adalah Penasihat PEKIDA. Ini amat memalukan kerana PEKIDA ditubuhkan untuk membantu UMNO seperti sumpah setia mereka pada asal penubuhannya. Jika ditanya kepada para ayahanda yang mula-mula sekali dalam pertubuhan ini, jawapan mereka sudah pasti untuk membantu perjuangan UMNO. Sayangnya, mereka yang kemudian menyertai PEKIDA sudah menyalah tafsirkan tentang matlamat perjuangan pertubuhan ini. PEKIDA ini tertubuhnya adalah dibawah naungan perdana menteri sendiri,sebagai mata dan telinga UMNO. Bertujuan memberikan maklumat tentang situasi keselamatan terhadap masyarakat kepada kerajaan pimpinan UMNO bagi tindakan selanjutnya. Tetapi apa yang terjadi pula adalah sebaliknya, ada pula ahli pertubuhan ini yang menyertai unit amal PAS dan membantu PR mengganyang ahli UMNO serta mengugut pengundi pilihanraya. Kepada ahli PEKIDA, fikirkanlah matlamat asal perjuangan anda supaya tidak menyimpang jauh dari landasan asal. PEKIDA yang selama ini diharapkan dengan harapan yang tinggi oleh UMNO sepatutnya melaksanakan amanah dengan penuh bertanggungjawab demi keamanan agama dan bangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment