Thursday, March 26, 2009
NIZAR TAK ADA ETIKA.
Disaat bumi Perak masih merasai bahang peralihan kuasa daripada pembangkang kepada Barisan Nasional. Pembangkang kini membuka hal baru berkenaan dengan calon PAS di Bukit Gantang dengan menamakan Dato' Seri Nizar Jamalludin sebagai wakil. Amat memalukan kerana Dato' Nizar Yang masih mengaku diri sebagai menteri besar kini cuba merebut kuasa sebagai wakil rakyat di P 059 Bukit Gantang. Dimana janji beliau kepada rakyat Perak yang selama ini mengharapkan kepimpinan beliau? Berbeza dengan Dato' Zambry yang rela melepaskan peluang bertanding dalam majlis tertinggi UMNO semata-mata demi kepentingan Rakyat. Dimanakah perginya Nizar? Inikah nilai mulia seorang pemimpin yang sepatutnya berada dibarisan hadapan disaat pengikutnya sedang berjuang untuk Perak dan mengutamakan kuasa demi kepentingan peribadi. Mursyidul Am Dato Nik Aziz sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Nizar yang mahu bertanding. Nampak sangat cara Nizar ini membelakangkan etika kepimpinan.
Kebijaksanaan rakyat sebagai hakim semasa pilihanraya amat diperlukan supaya tiada lagi pemusnah rakyat yang wujud dalam kawasan mereka. Kepada Warga Bukit Gantang, fikirkanlah bertapa UMNO menjanjikan keadilan kepada anda semua. Calon UMNO Bukit Gantang bukanlah sebarangan orang kerana dia adalah warga Bukit Gantang sendiri dan amat memahami keadaan dan suara rakyat Bukit Gantang.
Dibandingkan dengan Nizar Jamaluddin, beliau bukanlah warga Bukit Gantang bahkan beliau hadir sebagai orang luar yang mengagantikan Allahyarham Saudara Roslan Shaharom. Kita janganlah samakan antara kedua-dua calon ini iaitu Saudara Nizar dan Allahyarham Saudara Roslan kerana Allahyarham Roslan adalah seorang yang memegang pada etika politik. Oleh yang demikian, fikirkanlah wahai Pengundi Bukit Gantang. 4 tahun iaitu sepenggal sudah cukup UMNO membuktikan pembangunan dikawasan anda. Janganlah tuan-tuan dan puan-puan semua mengikut emosi dihati. Bukalah minda anda semua dan fikirkanlah nasib warisan kita yang akan terlepas peluang merasai pembangunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment