Sunday, February 15, 2009

Daulat Tuanku!


Baru-baru ini Dunia politik di Malaysia Gempar berikutan 3 adun dari Pakatan Pembangkang keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan organisasi parti mereka. Begitu juga kembalinya Adun Bota ke pangkuan UMNO semula. Kesannya, Perak yang telah ditawan selama 11 bulan oleh Pakatan Pembangkang kini mula beralih pentadbiran dibawah Kerajaan Barisan Nasional. Ini jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional masih relevan untuk Malaysia.

Janji Anwar Ibrahim untuk memerintah Malaysia pada 16 September 2008 hanyalah 'angan-angan Mat Jenin' semata-mata. Ketidak sefahaman antara ahli dalam Pakatan Pembangkang menyukarkan sistem pentadbiran mereka. Setiap Parti dalam Pakatan Pembangkang mempunyai manifesto yang berlawanan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, adalah mustahil bagi mereka untuk membentuk kerajaan yang sepakat dan sekata.

Dalam hal ini, apa yang berlaku di negeri Perak adalah satu perubahan yang positif kerana Pentadbiran PAS tidak mendapat sokongan rakyat Perak berikutan beberapa kesilapan yang ketara oleh Menteri Besarnya iaitu saudara Nizar jamaluddin. Tambahan pula Baginda Paduka Seri Sultan Perak menitahkan agar Nizar meletakkan jawatannya menunjukkan Baginda tidak berkenan PAS mentadbir negeri baginda.

Namun begitu, terdapat suara-suara biadab yang menghina baginda tuanku. Namun taat setia rakyat Perak tidak berbelah bagi, Seluruh tempat di negeri Perak digemakan dengan laungan Daulat Tuanku. Ramai pihak menyebelahi Baginda Sultan Perak membuatkan Pakatan Pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa. Semoga Perak terus makmur dibawah Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa taat pada perintah raja.

No comments: