Tuesday, May 29, 2012
Wakil Rakyat Lubuk Merbau Tak Peduli Masyarakat.
Bak kata orang pencen-pencen, kalau tak ada angin maka pokok takkan bergoyang. Begitu juga kalau wakil rakyat tak buat hal, takkan adalah suara yang tak puas hati dengan corak kepimpinannya.
Bukan niat Parang Pedang nak menyibuk kawasan orang, tetapi sekurang-kurangnya ada orang yang mengaduk kat Parang Pedang tentang wakil rakyat PAS ni... Lubuk Merbau di Parit Buntar Perak. Haji Zainuddin wakil dari PARTI PAS.
PAS telah memenangi pilihanraya lalu pada tahun 2008 dengan majoriti 60 undi memihak kepada PAS. bermula dari saat itu, Lubuk Merbau telah jatuh ke tangan PAS secara tidak langsung ia dimiliki pembangkang.
Menurut maklumat dari sumber yang sahih, beberapa janji telah dilaungkan oleh PAS untuk penduduk kawasan Lubuk Merbau, namun begitu sehingga kini masih tidak dilunaskan. Antaranya ialah :
1. Sebuah bank di Pekan Padang Rengas
2. Pemberhentian Operasi Kilang Simen
3. Sistem perparitan baru untuk seluruh Lubuk Merbau
4. Pemberhentian Operasi Kilang Kayu Kuala Dal
5. Tempat parking lori bagi penduduk sekitar Perumahan Awam
dan Taman Permai
6. Sumbangan RM1000.00 untuk anak pengundi yang dapat buat
ijazah dan RM 500.00 untuk diploma
7. Bantuan sara hidup RM300.00 untuk warga emas
8. Bantuan RM 500.00 untuk setiap kematian pengundi/
tanggungan di DUN Lubuk Merbau
9. Sumbangan RM 500.00 untuk perkahwinan anak/pengundi
10. Seekor lembu setiap kampung pada setiap kali
Hari Raya Korban.
Begitulah maklumat yang Parang Pedang terima. Rasanya manifesto yang dilaungkan ini sangat diperlukan oleh rakyat sekitar Lubuk Merbau. Adakah wakil rakyat tersebut memandang pendudk disini sebagai tunggul kayu yang boleh dipermainkan begitu sahaja?
Apabila hal ini diketahui, rasanya sangat tidak patut bagi Parang Pedang untuk berdiam diri. Nasib rakyat perlu mendapat pembelaan Barisan Nasional khususnya UMNO daripada dinerakakan oleh pembangkang.
Satu persoalan yang ingin Parang Pedang bangkitkan ialah tentang sikap wakil rakyat ini yang dikatakan lebih menyebelahi bangsa lain berbanding bangsa sendiri, bukan bersikap perkauman. Tetapi rasanya wakil rakyat ini sepatutnya lebih tahu siapa yang harus diberi keutamaan.
Ada juga masyarakat tempatan yang tak kenal wakil rakyat ini kerana dikatakan tidak pernah turun padang melihat keadaan masyarakat tempatan. Pernah suatu ketika ketika kampung Gapis dilanda banjir, penduduk tempatan mendakwa wakil rakyat ini langsung tidak hadir melawat keadaan sekitar kawasan banjir. Projek pembangunan oleh PBT juga tidak beroperasi, hanya kelihatan projek dari kerajaan pusat dibawah BN sahaja berjalan lancar... Apakah kita masih mahu berpeluk tubuh?
Biarlah pendedahan ini diketahui umum bertapa hapraknya wakil rakyat pembangkang terhadap masyarakat..... Apa yang mampu kita semua lakukan ialah memilih wakil rakyat dari parti BN untuk membantu masyarakat dari ditipu lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment