Wednesday, May 23, 2012

RAKYAT PERAK PATUT SEDAR SIAPA PERAKMAN.

Photobucket


Parang Pedang bukan sekadar memanggil para pejuang untuk bersatu menentang Anasir PAS di Perak, malah menyeru para sahabat seperjuangan sekalian menyedari siapa mastermind dalam segala bentuk political game di Perak. Siapa mastermind politik di Perak? Siapa lagi kalau bukan si Perakman Nizar al jangguti. Perakman bukanlah panggilan untuk rakyat Perak melainkan ia suatu panggilan terhadap orang zaman batu... Buka buku geografi, anda akan jumpa istilah Perakman.

Kenapa Parang Pedang gelarnya Perakman? Gambar dah ada sejak tahun 2008 dihalaman Parang Pedang ini. Cuma kali ini sahaja nak dibangkitkan sebab kemunculan si Perakman ni dah mula kembali ke dalam perang politik. Pilihanraya semakin hampir, bermakna si Perakman ni akan kembali semula. Parang Pedang bukanlah mengajak para pembaca untuk membenci Si Perakman ni. Cuma mengenang kembali pembohongan serta janji palsunya kepada seluruh rakyat di Perak.

Masih ingat didalam fikiran akan hapraknya si Perakman ni apabila sebaik sahaja PAS menakluk Perak, kedaulatan Sultan dan Raja Melayu diperlekehkan oleh puak puak si Perakman ni. Biadap lagi celaka, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh penyokong Perakman ni dengan mengatakan pelbagai cercaan terhadap Baginda Sultan semata mata mempertahankan si Perakman ini. Parang Pedang masih tak dapat lupakan kata-kata maki hamun penyokong Perakman terhadap Paduka Seri Sultan Perak ketika Parang Pedang berkunjung tandang ke rumahnya. Memang menyakitkan telinga, tetapi memikirkan diri ini berada ditempat orang sebagai tetamu maka yang boleh dilakukan ialah menahan telinga dan menyimpannya sebagai suatu iktibar bahawa sesungguhnya pembangkang menghalalkan pelbagai cara untuk menuju matlamat.

Pilihanraya yang semakin hampir ini telah memunculkan semula si Perakman ini, dimana jua asalkan wujud penyokongnya. Baru-baru ni juga si Perakman telah hadir ke satu majlis ceramah yang membidas dirinya sendiri. Pada fikiran si Perakman ni mungkin kehadirannya akan menjadi bukti keberanian dirinya berada digelanggang musuh. Jangkaannya salah kerana kempen pendedahan Nizar Pembohong semakin galak diadakan. Rakyat juga sudah mula sedar siapa Nizar si Perakman.

Beberapa fakta tentang Perakman ini harus diketahui oleh semua orang. Mungkin selama ini janji manis si Perakman ini telah mangaburi mata semua pengundi. Perkara pertama tentang Perakman ini ialah segala aktivitinya tidak lebih dari hanya menjadi boneka kepada DAP dalam setiap urusan pentadbiran di Perak selama 11 bulan. Perkara kedua adalah percubaannya melanggar perlembagaan negara serta Undang Undang tubuh Negeri Perak. Perkara seterusnya adalah berkaitan dengan perpaduan bangsa yang cuba dipecah belahkan oleh si Perakman ini. Begitulah beberapa perkara yang lain.

Orang yang bijak ialah orang yang tidak dipatuk ular yang sama pada lubang yang sama. Kita mesti sedar siapa Nizar Perakman. Bisanya kekal terasa walaupun memerintah selama 11 bulan sahaja. Semoga kita semua terselamat dari terpengaruh dengan Nizar pembohong ini. nauzubillah.

No comments: