Tuesday, May 22, 2012
Muzakarah parah bila diputar cerita jadi muqabalah.
Parah.... Memang parah... Dah tak serupo muzakarah. Lebih dilihat kearah muqabalah. Tak cukup dua syarat dalam muzakarah yang akan dilaksanakan, dia tambah satu lagi syarat pelik. Seolah-olah takut dengan perbincangan yang bakal berlangsung dengan UMNO.
Kenapa harus takut untuk berbincang hingga terpaksa mengenakan syarat terhadap UMNO? Haruskah dispesifikasikan tajuk perbincangan dengan UMNO? Rasanya tak perlu sebab muzakarah ni tujuannya membincangkan segala persoalan dan permasalahan antara kedua-dua parti. Jika mengkhususkan kepada suatu tajuk itu dah dikira muqabalah atau istilah melayunya sebagai debat. Kita bukan nak debat, tapi kita nak berunding.
Nik Ajis tak tau beza ke antara muzakarah dengan muqabalah? Mungkin Nik Ajiz nak buat taktik lamanya seperti yang berlaku dahulu. Muzakarah ditukar istilah menjadi muqabalah, suatu permainan kotor PARTI AMBIGA SEMALAYSIA. Parang Pedang dah boleh baca taktik PAS ni masa awal-awal jemputan PAS untuk bermuzakarah. Parang Pedang sangat membantah sebarang cadangan untuk berbincang dengan PAS, sebabnya dimata PAS tidak ada sebarang pintu rundingan.
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali, dulu kita UMNO juga pernah kena najis mereka ni. Selesai muzakarah, mereka spin cerita bahawa sebenarnya mereka bermuqabalah dengan UMNO. Orang yang bijak tidak akan dipatuk oleh ular yang sama pada lubang yang sama. Kita tak seharusnya telanjangkan diri kita dengan isu sebegini.
Parang Pedang tak sanggup menutup mata sahaja sementara melihat parti sendiri dikhianati oleh bangsa sendiri yang bertopengkan parti Islam sedang hati mereka berselaputi najis munafik. Biarlah disini Parang Pedang bangkit membidas sikap pemimpin PAS itu yang suka berdolak dalik mempermainkan isu politik songsangnya. Jangan letakkan serban dikepala jika tidak sanggup mencari kebenaran bagi kedua dua pihak serta bermuhasabah diri.
Parang Pedang dah kata disini, Tidak wujud istilah Muzakarah dah. Yang tinggal cuma muqabalah. Potong jari Parang Pedang kalau PAS nak bermuzakarah sebab akhirnya mereka akan kata bahawa ini adalah perbalahan, perdebatan atau muqabalah. Ptuih..... Busuk punya kepala....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment