Sunday, May 6, 2012

FAHAMAN DARWINISME DAN ANWARISME (bahagian 2)

Matlamat menghalalkan cara dalam pemikiran Anwarisma. Setelah beberapa kupasan dibuat menerusi perbincangan asal tentang fahaman Anwarisma, kita akan mengenali dengan lebih lanjut tentang matlamat dasar Anwarisma yang perlu diketahui ramai.  Seperti mana fahaman komunisma ciptaan Darwin, apa jua kaedah dihalalkan demi mencapai apa yang diimpikan dalam hala tuju kepartian. Jika komunisma menggunakan kekerasan bersenjata demi memperkukuhkan parti mereka, pendokong Anwarisma pula menerima kaedah kekerasan am bagi memuaskan matlamat mereka. Menghalalkan apa jua kaedah termasuk kekerasan melampau bukanlah cara rasmi demokrasi. Antara lain bagi memenuhi impian parti, dasar pemikiran Anwarisma menanamkan bahawa tidak ada rundingan dengan parti lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Ini termasuklah segala hubungan diplomatik antara pendokong Anwarisma dengan ahli parti lain. Kebangkitan Anwarisma yang bermula sejak 1998 hingga kini adalah berpunca dari penyokong kuat Anwar dari segenap sudut pertubuhan sama ada politik mahupun NGO yang bergabung menuntut hak Anwar. Bermula dari satu titik sokongan simpati hingalah ke tahap fanatik telah mencetuskan satu gelombang besar politik negara.  Kita masih menyamakan dengan konsep Darwinisme yang pada asalnya datang dari teori sains hingga terbentuknya satu fahaman sesat dan terpesong dari landasan sebenar. Pemikiran bebas atau free thinking Darwin telah mengubah pelbagai aspek sosio politik dunia hingga fahamannya diguna pakai dibeberapa buah negara republik komunis.  Begitu juga dengan apa yang dilaungkan oleh Anwar iaitu slogan "lawan tetap lawan" hingga kepada seruan "reformasi" telah menjadi pegangan pendokong Anwarisma. Daripada laungan tersebut, pendokong Anwarisma berpendapat bahawa istilah lawan tetap lawan itu bermaksud apa saja kaedah termasuk kekerasan fizikal boleh digunakan dalam memenuhi dasar yang dikehendaki. Istilah reformasi pula disalah ertikan dengan perubahan mendadak sistem pentadbiran negara sedia ada kepada sistem pentadbiran berpandukan kaedah Anwarisma. Pengaruh Anwarisma mula menyerap dikalangan anak muda kerana dasar Anwarisma lebih condong kearah keinginan golongan ini. Bermula dari kelompok remaja berusia belasan tahun hingga kepada peringkat usia belia, dasar Anwarisma mula diterapkan melalui media cyber. Kita tahu bahawa kebangkitan Anwar adalah ketika waktu kita menghampiri zaman millenium 2000. Ketika itu asas kemudahan jaringan tanpa batasan sedang rancak membangun.  Sangat berkesan dan pantas pemikiran Anwarisma diserapkan tanpa kita sedar. Kebangkitan Anwarisma turut sama dirasai dikalangan pemimpin pembangkang yang lain. Bagai memiliki suatu kuasa dasyat, mereka turut bangun dengan agresif dan lantang menentang kerajaan sedia ada.  Tahun 2008 merupakan detik hitam kepada kerajaan BN apabila gelombang Anwarisma melanda dengan menjatuhkan kerajaan BN sedia ada Menerusi pilihanraya. Bersambung......... (Bahagian seterusnya akan membincangkan tajuk "Anwarisme mensasarkan generasi  X dan Y")

No comments: