Sunday, May 6, 2012
FAHAMAN DARWINISME DAN ANWARISME (bahagian 1)
Sebelum memperkatakan tentang kedua-dua ideologi ini, seeloknya biarlah kita kenali apa itu istilah ideologi dan pecahan ideologi ini. Apa yang kita tahu secara kasar, ideologi adalah dasar pemikiran yang mempengaruhi aspek kehidupan orang ramai. Dasar pemikiran atau ideologi ini dipecahkan kepada beberapa fahaman bermula dari satu fahaman. Antara pecahan fahaman tersebut sama ada kepada aspek cara hidup, sosiopolitik, pegangan agama mahupun pengaruh individu.
Islam juga merupakan satu fahaman yang merangkumi segala aspek kehidupan kita selaku Umat Islam. Dasar Ideologi Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W melalui wahyu Tuhan tidak perlu diperkatakan lagi kerana ia sememangnya fahaman yang jelas terbukti kebenarannya menerusi kitab yang diturunkan kepada Utusan Tuhan.
Kembali semula kepada Ideologi Darwinisme atau Dasar Pemikiran Darwin yang kita faham banyak mempengaruhi fahaman Komunisma. Teori evolusi merupakan hasil dari dasar pemikiran Darwin yang berpendapat semua ciptaan dialam ini datang dari satu unsur tunggal mikroorganisma dan melalui beberapa evolusi iaitu perubahan genetik hingga membentuk satu unsur hidupan yang lain.
Salah satu teori Darwin yang paling terkenal hingga mencetuskan Perang Dunia 1 & 2 ialah teori evolusi manusia. Daripada teori tersebut maka timbullah dasar pemikiran yang meletakkan bahawa agama dan pentadbiran perlu dipisahkan. Akhirnya wujudlah fahaman komunisma yang menolak unsur ketuhanan dalam pemerintahan.
Dirujuk kepada Surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus ke agama (Allah S.W.T.) , (Tetapkanlah atas) fitrah Allah S.W.T.yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Daripada apa yang difirmankan didalam surah tersebut, jelas sekali aspek kehidupan manusia tidak boleh diasingkan dari agama dan unsur ketuhanan kerana akal fikiran yang terpisah dari unsur ketuhanan akan menghadapi jalan buntu. Kita dapat lihat Firman Allah S.W.T. Ini sangat bertentangan dengan fahaman Darwinisma yang tidak mahu mencampur adukkan agama dengan politik.
Begitu dasyatnya teori Darwin ini hingga lahirnya fahaman komunisma, sosialisma dan beberapa fahaman yang lain. Kesemua fahaman dari dasar pemikiran Charles Robert Darwin atau dikenali sebagai Darwinisme menolak campur tangan agama didalam aspek cara hidup dan sosio politik.
Seperti yang kita tahu sebahagian daripada fahaman ini mengalami evolusi sebagai mana yang dipegang oleh Darwin hingga wujudnya fahaman kecil tanpa disedari oleh pembuat dasar tersebut.
Antaranya ialah dasar Anwarisma atau dikenali dengan nama Anwarisme. Suatu dasar kepartian yang meletakkan bahawa suatu perubahan sistem pemerintahan perlu dilakukan menerusi rombakan pentadbiran. Kita pernah mendengar tentang kenyataan Anwar mengenai pembentukan negara Islam dan beliau menolaknya. Amat hampir sekali dengan teori Darwinisme yang tadak mahu campur aduk agama dalam sistem kehidupan.
Anwarisme membentuk satu kefahaman bahawa perubahan adalah wajib dengan apa jua cara agar matlamat sesuatu parti dapat dicapai. Sama seperti kesan dari teori Darwin, pengikut fahaman ini terutamanya Komunisme berpendapat tiada undang undang khusus yang terikat dengan pegangan mereka hingga pada mereka apa yang dilakukan tidak menjadi satu kesalahan dan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dikongkong.
Hasil dari teori ini, penyokong dasar Anwarisme berpendapat dasar republikan atau hak awam itu mesti diterapkan tanpa ada pemimpin monarki. Sangat bertentangan dengan perundangan Islam yang meletakkan perlunya panduan hidup beragama dan memiliki pemimpin untuk memerintah.
Bersambung.....................
(bahagian seterusnya akan membincangkan tentang matlamat menghalalkan cara dalam pemikiran Anwarisme)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment