Saturday, May 5, 2012
AL KISAH KAFIR MENGKAFIR TAK SUDAH
Bila ditanya tentang usaha menyatukan PAS dan UMNO, jawapan tetap sama. TAK NAK.
Parang Pedang dah tak tahu apa nak cakap lagi dah. Jawapannya tak lain dah.. TAK NAK. Macam iklan rokok je bunyinya. TAK NAK.
Akhirnya tahulah Parang Pedang bahwa najis kafir mengkafir ni masih tak padam dari jiwa penyokong tegar PAS ini. Entah sampai bila segalanya akan berakhir. Kalau dulu tahap kafir mengkafir ni sampai pada level haram memakan sembelihan orang UMNO. sekarang pula dah tak boleh bersalam dengan orang UMNO pula. Apa nak jadi dengan orang PAS ni?
Sepatutnya PAS sedar siapa saudara mereka yang sebenar. Siapa pula musuh mereka yang sebenar. Nak bina negara Islam, bukan melalui cara bersekongkol dengan orang kafir. Hanya permata yang kenal manikam, bukan kaca.
Mungkin kerana sistem Islam 100% belum terlaksana di Malaysia maka terus sahaja PAS menghukum UMNO kafir. Lupakah mereka bahawa sekutu mereka lebih dasyat dari UMNO kerana menolak Islam secara total. Bahkan telah ada suara sumbang menolak Islam secara mentah-mentah dihadapan semua orang, bahkan dengan lantang menyebut celaka UMNO tanpa disedarinya semua ahli UMNO itu berbangsa Melayu.
Masih juga PAS tak menyedari hal ini kerana masih diliputi seribu satu dendam tak sudah. Dulu generasi X sememangnya sangat fanatik dengan PAS, tapi kini alhamdulillah segalanya telah berubah apabila mereka telah mula kembali ke pangkuan UMNO kerana pemikiran semakin matang dalam memilih yang terbaik.
Tambahan pula kehadiran generasi Y yang sememangnya sayang pada UMNO sangat dinantikan oleh pucuk pimpinan UMNO. inilah bakal pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti. Isu kafir mengkafir dikalangan generasi Y telah lenyap sama sekali diminda mereka kerana mereka hanya mahu melihat kemajuan yang seimbang dinegara ini.
Tidak ada salahnya kita sesama Islam berjabat tangan kerana persaudaraan Islam itu tidak ada batasannya. Bahkan seorang muslimin yang disakiti oleh kaum kafir sewajibnya diberikan bantuan, sokongan serta perlindungan. Bukan ditambah lagi penderitaannya. Sikap inilah yang patut ditanam dalam jiwa kita semua tak kira UMNO mahupun PAS.
Hanya satu yang perlu diingatkan didalam diri kita semua. Mengagamakan parti itu tidak salah kerana Islam itu merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk politik. Tapi yang salahnya ialah mempolitikkan Islam dengan mengaku hanya parti mereka sahaja Islam seterusnya meletakkan parti lain sebagai kafir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment