Tuesday, May 15, 2012

Ahli Majlis MBI Prihatin pada Aduan Penduduk Rapat Setia

Ahli majlis MBI zon 20






Councillor Kok Pak Foo.....

Hari ini 15 April 2012, Rapat Setia Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Satu perhimpunan kecil telah diadakan bagi menyampaikan aduan kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap sebuah pondok kitar semula tak terurus. Sebelum ini pelbagai aduan telah dilaporkan kepada pihak MBI bagi tindakan selanjutnya. Namun begitu, masih tiada jawapan diberikan.


Penduduk yang kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab pihak dalaman MBI telah mengadakan satu perhimpunan kecil bagi membantah sikap tidak bertanggungjawab MBI yang bersambil lewa dengan aduan diberi. Berita aduan penduduk ini telah mendapat perhatian Ahli Majlis MBI Zon 20 iaitu Ahli Majlis Kok Pak Foo. Beliau dengan ikhlas hati telah turun melawat keadaan yang berlaku seterusnya mengambil tindakan segera dengan menghantar petugas untuk bertindak menyelenggara kawasan padang permainan Rapat Setia. Sehingga kini kerja-kerja penyelenggaraan sedang berjalan bagi memperbaiki taman permainan yang rosak.


Parang Pedang sangat bersyukur atas keprihatinan beliau yang sanggup turun Padang dan membantu apa yang mampu bagi beliau selaku ahli majlis MBI. Apa yang Parang Pedang kesalkan ialah sikap wakil rakyat di DUN 44 dan wakil rakyat Parlimen Gopeng apabila mereka tidak mengambil sebarang tindakan melawat dan melihat nasib penduduk sekitar kawasan Rapat Setia serta kawasan sekitarnya.


Besar harapan Parang Pedang sekiranya Ahli Majlis MBI Kok Pak Foo dapat menjadi wakil rakyat bagi Kawasan N 44 pada pilihanraya kali ini. Semangat jiwa rakyat yang ada pada diri beliau seharusnya diikuti oleh para pemimpin BN yang lain. Sokongan pada beliau harus diberi untuk menerajui kawasan N44 Simpang Pulai memandangkan ciri-ciri pemimpin berkaliber yang wujud dalam diri Ahli Majlis MBI Kok Pak Foo..... Tahniah diucapkan buat beliau atas tindakan pantas menyelesaikan masalah penduduk yang telah lama dibiarkan.

Parang Pedang: Jom Tukar Pemimpin Kawasan DUN Simpang Pulai dan Parlimen Gopeng... Buang Chan Ming Kai dan Lee Boon Chye.... kita Undi BN semula !!!!!




Pondok usang





Pondok kitar semula yang tidak terurus.....

No comments: