Friday, May 4, 2012

Al-Fatihah.....Salam Takziah Buat Keluarga Pelakon Komedi Bob Kuman

Tak dijangka pemergian Allahyarham Bob Kuman meninggalkan kita semua yang masih dahagakan gelak tawa keriangan menonton jenaka Allahyarham. Sememangnya ketika awal kebangkitan nama beliau disaat bersama barisan pelakon dan pelawak terkemuka seperti Saiful Apek, Senario dan barisan pelawak veteran. Turut sama ketika awal penglibatan beliau dalam bidang seni adalah Kumin. Allahyarham Bob Kuman atau nama sebenar beliau Husni Mohd Rawi, berusia 40 tahun meninggal dunia pada jam 4.38 petang semalam, 3 Mei 2012 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1433 Hijrah. Punca pemergian beliau adalah disebabkan oleh komplikasi jantung, paru-paru berair dan darah tinggi. Punca beliau jatuh sakit dikatakan bermula sejak terjatuh sewaktu proses penggambaran filem Jangan Pandang Belakang Congkak memegang watak pengamal perubatan tradisional. Semejak kejadian tersebut kesihatannya mulai menurun hinggalah saat pemergiannya meninggalkan kita semua. Allahyarham meninggal dunia dikediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara Petaling Jaya. Al-Fatihah buat Allahyarham Bob Kuman. Semoga roh beliau ditempatkan bersama insan yang soleh.... Amin......

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

Utusan Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5
6~BUKTI 6

Jangan segan2... Utusan Pasti Boleh Buat!!