Monday, July 16, 2012

Program Bantuan Kotak Makanan Oleh Yang Berbahagia Alex Chan Chin Chee

15 Julai 2012, satu program kemasyarakatan telah berlangsung di Dewan Koperasi Perumahan Melayu Kinta Berhad dengan tema Program Bantuan Kotak. Program ini telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee selaku penyelaras Barisan Nasional N44 DUN Simpang Pulai ,Perak.

Program yang dikelolakan oleh saudara Nizal Izham Bin Mohd Naim ini sebagai Pemangku Ketua Cawangan Rapat Setia telah mengenal pasti beberapa buah keluarga yang layak menerima bantuan berupa keperluan makanan dalam kotak. 

Dianggarkan sekitar 30 buah kotak telah diagihkan kepada penduduk sekitar yang memerlukan bantuan. Majlis yang bermula jam 3 petang itu dihadiri oleh penerima yang mampu hadir manakala bagi mereka yang tidak mampu hadir pula akan menerima penghantaran kotak oleh petugas yang terlibat.

Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee selaku penyelaras Barisan Nasional N44 DUN Simpang Pulai telah melihat masalah penduduk sekitar dan dengan ikhlas hati turun padang melihat keadaan masyarakat Rapat Setia. 

Beliau turut menziarahi rumah keluarga Allahyarham Hassan yang sebelum ini pernah mendapat liputan didalam halaman Parang Pedang ini. Bantuan kotak diagihkan kepada keluarga ini disamping bertanyakan khabar keluarga Allahyarham Hassan. Disamping itu Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee juga berjanji untuk memenuhi keperluan keluarga ini berupa bantuan pemasangan lampu jalan. 

Program yang berakhir sekitar jam 5.00 petang setelah selesai agenda minum petang bersama Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee. Pihak UMNO Cawangan Rapat Setia mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan daripada Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee kepada penduduk tempatan. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada saudara Nizal Izham Bin Mohd Naim yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini bersama team petugas yang lain. 

Semoga program seperti ini dapat diadakan lain demi memenuhi keperluan takyat dan dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Nota Parang Pedang: Chan Ming Kai kurang popular dikalangan penduduk disini... Anda boleh blah.....


Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee 1
Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee Bersama sebahagian penerima kotak bantuan.



Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee 2
Ketika menziarahi keluarga Allahyarham Hassan dan menyampaikan sumbangan.Rujuk laporan: berikut kisah keluarga Allahyarham Hassan yang pernah disiarkan.



Yang Berbahagia Encik Alex Chan Chin Chee 3
Insan yang bertungkus lumus menjayakan program ini.... Tulang belakang UMNO Cawangan Rapat Setia. Saudara Nizal Izham Bin Mohd Naim (Am)

No comments: