Ramai yang meminati politik dan ramai yang memberikan sokongan padu terhadap parti yang dipilih. Akan tetapi tidak ramai yang berminat untuk mempelajari asas politik hingga kadangkala keliru dengan dunia politik yang diceburi. Dunia politik merupakan suatu cabang yang sangat kompleks dan jika tidak difahami pada peringkat asas, seringkali terjadi salah faham tentang maksud sebenar politik. Istilah politik bukan sahaja wujud dalam parti, bahkan dalam kehidupan kita akan pasti wujud politik, tidak kira dalam keluarga, sosial, pekerjaan mahupun mana mana organisasi yang kita serta.
2 jenis alam politik
- alam organisasi
- alam individu
Alam individu :
-faktor umur
-faktor sosial
-faktor kekeluargaan
-faktor kumpulan
Alam organisasi :
-faktor dasar
-faktor komuniti
-faktor individual
-faktor budaya / agama
Ikatan antara alam individu dengan alam organisasi.
Individu membentuk sebuah kumpulan menerusi hubungab sosial dan kekeluargaan. Pembentukan organisasi juga boleh dibuat melalui kebudayaan, agama dan keserasian individu menurut faktor umur.
Alam individu dan alam organisasi tidak boleh dipisahkan atas sebab rantaian yang kuat antara satu sama lain. Jika dilihat secara mendalam, komuniti atau kumpulan terbentuk sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Contoh yang dapat diambil ialah sekumpulan pengunjung warung kopi yang pada mulanya disertai oleh tiga orang individu sahaja. Kemudian bertambah menerusi kenalan atau rakan kepada tiga orang individu yang pertama tadi. Ini dinamakan komuniti menerusi hubungan sosial.
Contoh lain juga boleh diambil seperti seorang individu yang memulakan sesuatu perniagaan, kelab, pelaburan dan sebagainya. Menerusi apa yang dimulakan oleh individu tersebut, dia telah berjaya menarik salah seorang ahli keluarganya sebagai salah seorang peserta. Lama kelamaan apa yang diusahakan oleh individu tersebut mendapat sambutan daripada ahli keluarga yang lain. Hasilnya setelah mencapai suatu tahap yang meyakinkan dan komuniti keluarga telah berkembang, susun atur organisasi mula dibentuk agar menjadi lebih sistematik.
Menerusi contoh pertama, kita dapat lihat sebuah organisasi terbentuk melalui hubungan sosial. Manakala contoh kedua pula melalui hubungan kekeluargaan. Komuniti disesuatu tempat pula mampu membentuk sebuah organisasi bagi mencapai keperluan komuniti disesuatu tempat. Koperasi, pertubuhan politik dan NGO merupakan contoh terbaik organisasi yang diwujudkan oleh sesebuah komuniti.
Pengurusan organisasi yang baik memberikan gambaran awal tentang komuniti, hubungan sosial atau kekeluargaan yang baik dalam kumpulan organisasi tersebut. Persefahaman antara individu dalam kumpulan atau komuniti merupakan tunjang kekuatan organisasi. Ini boleh kita lihat dalam organisasi politik seperti UMNO (UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION). Sebuah organisasi politik yang telah lama wujud sebelum kemerdekaan dan diperbaiki strukturnya dari semasa ke semasa.
Dasar Pemikiran
Dasar pemikiran atau lebih mudah disebut ideologi adalah satu faktor paling popular dalam mewujudkan organisasi. Ideologi datang dari beberapa sebab utama. , antaranya ialah:-
-pengalaman sendiri atau orang lain
-fahaman agama atau mazhab
-cedokan ilmu yang pelbagai
-kebudayaan sesuatu kaum atau komuniti
-ilham atau idea yang timbul.
Faktor umur tidak boleh dipandang rendah dalam isu pembentukan organisasi kerana ada individu yang mengutamakan status umur bagi kewujudan organisasi khas. Ini tidak dinafikan apabila ada beberapa buah kelab atau persatuan yang mengkhususkan mereka yang lahir pada tahun tahun tertentu sahaja. Alasannya ialah persefahaman wujud pada mereka yang sama usia.
UMNO telah lama menyusun struktur organisasi begini dengan membentuk kumpulan kumpulan khas sebagai komponen dalaman parti mahun secara amnya dalam sebuah organisasi besar iaitu BN. penstrukturan ini membuka luas pelbagai parti lain sama ada pembangkang mahupun komponennya sendiri untuk melakukan hal yang sama.
Dari sudut dalaman organisasi pula, pecahan kumpulan seperti ahli biasa (lelaki), wanita, pemuda dan puteri serta pecahan kecil dari pemuda yang dipanggil putera memudahkan pentadbiran serta kawalan
Pengasingan kumpulan ini bukanlah memisahkan individu atau kumpulan tersebut melainkan bagi tujuan mempermudahkan urus tadbir organisasi organisasi pusat dengan meletakkan wakil bagi setiap kumpulan sebagai pengurusnya.
(akan datang: politik , organisasi dan individu)
No comments:
Post a Comment