Menyingkap semula kisah SEKOLAH AGAMA RAKYAT DESA AMAN.
Pada 1 Julai 2012, perhimpunan keramat yang bergema mengaum tanda amaran kepada seorang wakil rakyat dari PKR yang dengan biadabnya menyalak agar diruntuhkan sebuah bangunan bagi pembinaan sekolah agama rakyat. Kita sedia maklum, isu keagamaan dan adat istiadat orang melayu merupakan suatu perkara yang sangat sensitif.
Akan tetapi, sikap kurang ajar pemimpin PKR yang terdesak mendapatkan populariti dikalangan masyarakat telah menyebabkan isu ini dibangkitkan. Akibatnya, orang Islam tempatan yang tertampar dengan isu ini bangkit membalas salakan pemimpin PKR itu dengan ngauman bagai singa Allah yang bangun dari tidur.
Ternyata tidak seorang pun wakil mahupun pemimpin parti tersebut yang tampil ketika perhimpunan menyokong SAR dibuat. Ini membuktikan bahawa mereka hanya berani menjolok sarang tebuan tanpa menunggu ditempat tersebut.
Amaran keras dibuat oleh beberapa NGO dan individu persendirian terhadap mereka yang berani menggugat Islam sebagai agama persekutuan yang telah lama bertapak di bumi melayu ini.
Satu persoalan yang dibangkitkan ialah, dimana suara pemimpin PKR dikalangan umat Islam yang bangkit membantah isu ini? Kenapa penyokong PAS pula memberikan sokongan kepada orang kafir ini dengan alasan ia hak rakyat. Malah menyokong penuh usaha merobohkan SEKOLAH AGAMA RAKYAT ini. Sangat memalukan kerana pejuang hudud mahu merobohkan institusi Islam sedangkan dasar mereka hanya untuk Islam.
Dosa pemimpin PKR ini merupakan dosa tak terampun terhadap umat Islam. Sepatutnya pemimpin PKR ini memahami isu sensitif tentang Islam yang tidak patut disentuh. Yang lebih menyakitkan hati ialah dia dengan begitu kurang ajar menunjukkan memorandom bantahan penduduk tempatan dengan alasan padang permainan tersebut majoriti penggunanya adalah kaum bukan bumiputera.
Adakah tanah air ini penduduknya tidak bercampur? Adakah satu kawasan tersebut penghuninya cuma satu bangsa sahaja? Siapa yang bersikap perkauman? Siapa assobiyah seperti yang didakwa PAS?
Umat Islam boleh terima jika peribadi mereka dihina, akan tetapi sangat sukar memaafkan orang yang mempersendakan agama Allah. Jika PAS merasakan perjuangan mereka adalah untuk Islam, mengapa bersekongkol dengan bukan Islam untuk menjatuhkan maruah dan martabat agama sendiri? Fikirkanlah.....
Melayu itu Islam, PAS itu melayu..... Kiblat kita satu...
No comments:
Post a Comment