Tuesday, July 24, 2012

DAP  Jangan Jolok Sarang Tebuan Lagi.... Isu Tanah Wakaf Batu Gajah.

Tak cukup kisah PKR buat hal di Pengkalan Pegoh berkenaan isu SAR. Kini DAP pula cuba membangkitkan sentimen agama di Ara Payung, Batu Gajah. Dari apa yang Parang Pedang dapat tahu menerusi perbualan telefon dengan Sungai Rapat Online (blogger). Sememangnya sudah dijelaskan bahawa berkenaan kes pemecahan tanah lot perkuburan Islam Ara Payung adalah atas tujuan pembangunan umat Islam juga. 

Dari satu kawasan wakaf Islam yang dibangunkan untuk perkuburan dipecahkan kepada tiga bahagian dan ketiga-tiganya hanyalah semata-mata untuk pembangunan Islam seperti pembinaan madrasah, pusat kegiatan Islam serta wakaf am Islam.

Malang sekali atas tuduhan DAP bahawa pecahan tanah tersebut adalah bagi tujuan pembinaan Batu Gajah Central. Suatu tuduhan biadap dan cubaan DAP mencampuri urusan adat istiadat agama Islam. 

Sebagai umat Islam, tidak seharusnya kita terpengaruh dengan usaha pihak kufar yang mahu menjatuhkan umat Islam. Perpaduan serta saling mempercayai sesama umat Islam harus ditekankan tatkala berhadapan dengan orang kafir, apatah lagi bila berhadapan dengan orang kafir yang bijak melagakan sesama muslim seperti mana yang dilakukan oleh DAP. 

Kita sedia faham bahawa DAP satu-satunya parti di Malaysia yang menentang keras pembentukan negara Islam. Bagaimana pula mereka boleh bersikap prihatin terhadap isu seperti ini jika tidak kerana mahu melagakan umat Islam. 

Islam sebagai suatu Agama yang syumul serta meluas aktivitinya. Bukan sekadar urusan pengkebumian umat yang meninggal dunia sahaja, malah dari aspek pembangunan modal insan serta perluasan ilmu pengetahuan juga perlu ditekankan menerusi pembinaan madrasah dan pusat Islam.

Inilah yang tidak dapat dilihat oleh DAP selama ini kerana mereka melihat Islam itu hanya sebagai satu agama yang tidak ada bezanya dengan agama lain. Umat Islam harus bijak dalam berhadapan dengan musuh Islam sebegini, bukan melihat perancangan masakini bahkan perlu juga melihat ke masa hadapan. 

Andai ditakdirkan Allah, bumi ini ditakluki oleh DAP maka sekurang-kurangnya masih ada tanah untuk pembangunan agama Islam. Jadikan Bumi Palestina sebagai contoh pencerobohan hak keatas umat Islam. Mahukah kita jadi seperti mereka? Demi Allah dan Rasulullah S.A.W. Tidak sesekali kita akan biarkan ia berlaku.


Salam Ramadhan dari Laksamana Parang Pedang. Tunaikan puasa dengan ikhlas dan berzakatlah bagi membantu umat Islam yang memerlukan. 

Layari blog Perak Cyber Trooper untuk kisah lebih menarik.

1. Sekupangdua / sekupangduas.blogspot.com
2. Angkatan pemikir / angkatanpemikir.blogspot.com
3. Budak Benteng / budakbenteng.blogspot.com 
4. Kinta Menjerit / kinta-menjerit.blogspot.com 
5. Awekz / awekzbukitgantang.blogspot.com
6. Laksamana Parang Pedang / parangpedang.blogspot.com 
7. KC / Kamuntingcentral.blogspot.com 
8. TC / taipingcentral.blogspot.com
9. PKK / perghhhkirikanan.blogspot.com 
10. Bicara perjuangan / miazarraannur.blogspot.com

No comments: