Hari ini , 1 Julai 2012. Ngauman tentera Allah kedengaran di Desa Aman, Pengkalan menegakkan agama-Nya. Sebelum ini Wakil rakyat Parlimen Gopeng dengan biadabnya mempertikaikan pembinaan sekolah agama rakyat di Desa Aman.
Ekoran dari bantahan tersebut, penduduk setempat khususnya masyarakat beragama Islam telah berkumpul pada hari ini bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap Lee Boon Chye dan pembangkang atas sikap kurang ajar mereka mempersoalkan hak orang Islam.
Pelbagai pihak sama ada NGO atau individu persendirian tampil bersuara dan memberikan amaran serta kecaman terhadap mereka yang cuba membangkitkan isu sensitif.
Para hadirin mengikat kain merah simbolik selendang merah bagi memperingatkan kepada pembangkang tentang kisah berdarah 1969. Mereka melaungkan takbir dan syahadat bagi menggegarkan semangat umat Islam agar bangkit mempertahankan hak umat Islam serta kedaulatan Sultan.
Perhimpunan bantahan diadakan di padang tapak pembinaan Sekolah Agama Rakyat dan kemudiannya berarak ke tepi jalan utama di Pengkalan sebelum bersurai.
Perhimpunan bantahan ini mendapat perhatian media dan dimuatkan dalam beberapa akhbar. Semoga ramai pihak yang akan membuka mata dan minda tentang bertapa agama Islam dan adat Istiadat Melayu tidak boleh dipermainkan.
No comments:
Post a Comment