Thursday, July 5, 2012

Uncle seekers kena cekup kerana fitnah. Jadikan ia suatu iktibar.

Hari ni Parang Pedang nak menyampaikan rasa syukur kerana kerajaan Malaysia telah mula prihatin dan sensitif pada isu serta tuduhan berbau fitnah. Baru tadi Parang Pedang menonton berita dan melihat kes tangkapan seorang yang bergelar UNCLE dan sangat popular dalam rancangan seekers iaitu sebuah rancangan dokumentari menjejak entiti yang tidak dapat dilihat dialam nyata. 

Di sini kita berhak bersuara sebagai rakyat Malaysia yang merdeka serta hidup dalam demokrasi, tetapi bukan bermakna kita boleh mengeluarkan kenyataan berbau fitnah atau maklumat yang tidak benar. Bukan Parang Pedang mengatakan tidak menyukai UNCLE ni sebab memang Parang Pedang berminat dalam rancangan seekers, cuma yang tak sedap didengari ialah kata-kata fitnah terutamanya terhadap seorang raja yang memerintah negeri iaitu baginda Sultan Johor. 

Tiada istilah 'padan muka' yang hendak dilemparkan kepada UNCLE, tetapi sekadar mengingatkan bahawa ini adalah peringatan kepada beliau agar tidak mengulangi perbuatan sama lagi. Begitu juga kepada individu lain yang suka menabur fitnah. 

Apa yang ingin disampaikan oleh Parang Pedang ialah semoga UNCLE sedar akan kesilapan ini dan tidak mengulanginya. Tidak salah untuk UNCLE menyetakan keberanian serta hak bersuara asalkan maklumat itu tepat dan berinformasi.

Jadikan perkara ini sebagai iktibar buat kita semua agar ia tidak berulang lagi. Ingatlah bahawa fitnah itu dosanya jauh lebih besar dari membunuh.

No comments: