Selalunya apa isu sensitiviti yang timbul, maka akan timbullah seekor anak ikan yang tercungap-cungap mencari nafasnya yang telah hilang ketika Perak dikuasai semula oleh BN.
Kini Parang Pedang nak tengok sejauh mana isu Ngeh Khoo Ham diputar alamkan oleh Nizar. Masa roadtour ceramah Nizar di Sungai rokam dulu, Nizar turut menyampuk dengan gambarnya bersama kain rentang ceramah dan kemudiannya melesapkan kain rentang tersebut.
Apa pula game Nizar kali ini? Sempena Pilihanraya Umum yang kian terasa bahangnya (tunggu lampu hijau PM), Nizar pastinya tidak akan berdiam diri begitu saja. setiap apa yang berlaku dalam dunia politik, Nizar akan sertai supaya orang akan mengingati namanya. dengan cara demikian, sudah tentu nama Nizar Jamaludin tidak akan tenggelam dalam persada politik.
Walaupun dia (Nizar) tahu isu tersebut sangat sensitif, apakah dia akan peduli tentang semua itu? Baginya publisiti lebih utama seperti yang selalu dia lakukan. Para pengundi harus kenal siapa Nizar, kerana sikap sellfish dalam jiwanya lebih mengutamakan diri sendiri berbanding orang lain.
No comments:
Post a Comment