Friday, September 14, 2012

kisah van jenazah masjid , driver orang PAS...

bukanlah Parang Pedang nak bangkitkan soal kematian dengan mana-mana individu. Tapi bila soal kematian pon boleh dipolitikkan rasanya perlulah ia didedahkan.

Kisahnya bermula apabila berlaku kematian seorang ahli PAS di Ipoh, Perak. memandangkan kawasan berkenaan tiada van jenazah, maka mereka terpaksa meminjam dari kawasan sebelah yang memang telah menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah.

Apa yang Parang pedang tak faham ialah sewaktu meminjam van tersebut, mereka menolak untuk mengambil khidmat pemandu van terbabit yang sememangnya pemegang amanah menjaga van tersebut dengan alasan mereka ada pemandu yang tersendiri. ditambah pula rasa tidak puas hati Parang Pedang ialah bahan api van tersebut tidak diganti oleh mereka.

Memang urusan kematian ni fardhu kifayah, tetapi agak-agaklah segala kos harus dikira juga. Disebabkan itu, ia menjadi perbualan ramai di kawasan berkenaan. sememangnya kawasan ini dikuasai oleh majoroti penyokong PAS hingga wujud sekolah agama tajaan PAS yang mana anak bekas Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat juga bersekolah disekolah tersebut.

Inilah yang dinamakan sebagai kafir mengkafir dikalangan orang PAS terhadap golongan bukan pakatan rakyat. Pada mereka, orang kafir yang sebaris dengan mereka lebih mulia berbanding orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka sendiri.

Apa akan terjadi jika PAS memerintah Malaysia jika mereka menang Pilihanraya Umum nanti? adakah nasib orang Islam berbangsa melayu akan menerima nasib yang sama seperti Singapura?

kita sama-sama fikirkan.


pct logo

No comments: