Saudaraku pembaca blog Parang Pedang semua,didalam kesejahteraan kita dalam menikmati kemakmuran serta kesenangan dibumi malaysia ini. Adakalanya ia tidak memihak kepada segolongan insan yang menghadapi kekurangan. namun begitu, ia bukanlah atas kehendak mereka sendiri. Semuanya atas ketentuan Allah Taala bagi menguji sejauh mana insan itu taat kepadaNya.
Begitu juga bagi orang sekeliling insan yang diuji itu sama ada berbelas ehsan mahupun tidak. Seperti kata ungkapan Hablum Minallah wa Hablum Minannas. Apa yang ingin Parang Pedang ceritakan disini ialah kisah penderitaan seorang anak kecil yang bernama Muhammad Taqhif, begitu indah namanya namun tidaklah sama khabar penderitaan yang dialaminya. akibat komplikasi jantung yang dideritai oleh anak ini menyebabkan dia terpaksa disambungkan dengan pelbagai alat bantuan perubatan.
jika kita sendiri yang melihatnya, apa pula perasaan kedua ibu bapa si anak kecil ini. apa pula rasa yang ditanggung oleh anak yang tidak tahu apa-apa ini? ayuhlah sahabat saudara semua, nilai setiap sen dan satu ringgit mampu membantu anak kecil ini menikmati udara diluar sana tanpa perlu bertarung nyawa didalam hospital.
apakah kita tega melihat anak ini menderita? apa pula jika ia berlaku kepada diri kita mahupun ahli keluarga sendiri?
klik sini untuk mengetahui kisah lanjut tentang anak kecil ini.
jika anda seorang yang prihatin, sila ke page ini untuk mengetahui kisah lanjut...
http://rasyidzamri.blogspot.com/2012/09/rayu-sumbangan-untuk-pembedahan-anak.html
No comments:
Post a Comment