Wednesday, September 19, 2012

KEBIADABAN NGEH KHOO HAM DIBALAS DENGAN LAPORAN POLIS.

pct logo


Hari ini 19 September 2012 sekitar jam 5 petang. Sebanyak 30 laporan polis terhadap Ngeh Khoo Ham telah dibuat di Balai Polis kampung Rapat, Ipoh Perak. Berikutan kebiadaban Ngeh yang memperlekehkan tindakan umat Islam membantah penerbitan Filem iNnocence of Muslims oleh Sam Bacile.

Adalah menjadi hak umat Islam bagi membantah filem tersebut yang menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Di Malaysia terutamanya, umat Islam disini sangat marah dengan sikap tidak profesional penerbit filem tersebut yang bukan sahaja tiada daya penarik seperti filem block buster yang lain malah membakar jiwa muslimin yang menonton filem tersebut.

Didalam suara kemarahan tersebut , tidak disangka ada suara sumbang jahanam yang sanggup menulis kenyataan memperlekehkan semangat umat Islam dengan berkata bahawa apa yang dilakukan hanya membuang masa dan berunsurkan politik.

Tidakkah Ngeh sedar bahawa ini isu global dan bukannya isu lokal. Sikap cetek minda Ngeh Khoo Ham dibalas dengan laporan polis sebanyak 30 aduan dari pelbagai NGO. Antara NGO yang terlibat ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia Perak, Persatuan Spedo Klasik Kinta, Pertubuhan Silat Gayong Malaysia, ketua-ketua kampung Parlimen Gopeng, Ketua Umno Cawangan dalam Gopeng serta blogger Pemuda UMNO Gopeng. Kehadiran sekitar 35 orang yang memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat membuat aduan.

Pengerusi Persatuan Spedo Klasik Kinta iaitu Encik Bahri berkata selaku warganegara Malaysia, Ngeh sepatutnya bersimpati dengan apa yang berlaku dan bukannya mengapi-apikan keadaan. Ekoran dari sikap Ngeh itu akhirnya akan berlarutan hingga ke tahap yang tidak terkawal. Beliau berpendapat Ngeh sepatutnya memohon maaf kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia atas tindakannya. Ini sebagai langkah untuk menjaga sensitiviti antara kaum dan agama disamping membetulkan sikapnya agar lebih matang.

IMG_1398

Wakil Ketua Kampung dalam Parlimen Gopeng berkata bahawa beliau tidak akan beralah dengan kebiadaban Ngeh. Dengan laporan yang dibuat, beliau berharap Ngeh akan lebih hormat pada sensitiviti umat Islam.

IMG_1427

Ketika diwawancara, wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Negeri Perak. Beliau berkata Ngeh tidak wajar membangkitkan isu agama. Sepatutnya dia (Ngeh) perlu bersuara dengan lebih sopan ketika mengeluarkan pendapat. Dalam akhir ucapan beliau, Ngeh dinasihati agar menghormati Umat Islam dan Bangsa Melayu yang menjadi penduduk asal Malaysia dan menyeru agar umat Islam bangkit membela agama Islam.

PPIM PK

Wawancara bersama Wakil dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Ibu Hajah Faridah. Beliau berpendapat tindakan Ngeh boleh mengeruhkan keadaan antara umat Islam dengan kaum lain. Sebagai satu tindakan provokasi, ia boleh membinasakan keharmonian negara.

IBU GAYONG

Dari sudut pendapat wakil Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Gopeng, saudara Nizal Izham mengatakan bahawa Ngeh sangat Kurang ajar dan membangkitkan kemarahan orang ramai, jika Ngeh berpendapat isu ini tidak perlu diperbesarkan, itu adalah salah kerana umat Islam sangat mencintai agama dan sanggup mati kerananya.

IMG_1404

Apa pun pendapat mereka semua, secara kesimpulannya Ngeh Khoo Ham wajar meminta maaf daripada seluruh umat Islam atas keterlanjuran kata-katanya. Walaupun ringkas, tetapi ia menghiris jiwa umat Islam dan membangkitkan kemarahan mereka.

Nasihat buat Ngeh Khoo Ham, hentikan provokasi dan tingkatkan prestasi... Jika mahu terus menjadi warganegara dalam sebuah negara Islam.....

IMG_1410


IMG_1401


IMG_1421

IMG_1420

No comments: