Thursday, September 20, 2012

APA TUJUAN SEBENAR NGEH KHOO HAM?

pct logo

Ini bukan tuduhan tapi satu persoalan, cuma mengharapkan penjelasan dari beliau sendiri. secara ikhlas Parang Pedang nak tanya Ngeh, mengapa perlu bangkitkan satu kenyataan yang berunsurkan sensitiviti masyarakat Islam Malaysia?

Adakah ini salah satu daripada taktik untuk memesongkan isu yang sedang melanda DAP khususnya isu sahabat Ngeh sendiri yang baru selesai dimahkamah? Parang Pedang cuma bertanya sahaja... Ngeh jangan marah, cuma jawab dengan tenang. bukan apa, Ngeh pernah bangkitkan kemarahan orang melayu ketika meninggalkan majlis perlantikan Menteri Besar Perak pilihan Pakatan rakyat oleh baginda Sultan Perak.

Mengapa mesti Ngeh bangkitkan isu kontroversi dalam hidupnya? apakah Ngeh salah seorang kambing hitam dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP? dimanakah kedudukan Ngeh dalam partinya sendiri? itulah yang mampu dipersoalkan kerana Ngeh Khoo Ham adalah antara mereka yang banyak membangkitkan isu panas dalam arena politik pembangkang.

Kredibiliti Ngeh Khoo Ham kelihatan dijatuhkan begitu sahaja bagai air yang dituangkan diatas tanah. Apakah Ngeh sudah tiada cara lain untuk menonjolkan dirinya? atau sememangnya Ngeh Khoo Ham bersikap setia kawan terhadap sesama ahli DAP hinggakan dia diletakkan sebagai ikon murahan.

Ngeh perlu jawab semua soalan ini. Tak perlu melenting atau berang dengan apa yang ditulis diatas. Jawab, kemudian diam.... Kalau anak jantan... tak payah tulis dalam twitter...

538372_3998517356450_1103404061_a

No comments: