Saturday, September 22, 2012

Jangan gugat kewibawaan Blogger Sekupang Dua



Banyak serangan demi serangan politik terhadap seorang blogger bernama Sekupang Dua sama ada menerusi penulisan mahupun di gelanggang mahkamah. Tidak kurang juga ada yang dengan baculnya menceroboh blog beliau dan mengganggu kelancaran blog Sekupangduas.blogspot.com/.

Hari ini, kemenangan bermaruah blogger Sekupang Dua sama ada dipentas pengadilan mahupun digelanggang siber terserlah apabila pihak pembangkang mula gentar dan mula melakukan pelbagai spinning issue untuk menjatuhkan beliau.

Bermula dari awal perjuangan Blogger Sekupang Dua hingga kini, sudah ramai pihak yang membuka mata melihat potensi diri beliau untuk memimpin sejumlah troopers dialam siber bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Bersama beberapa rakan seangkatan beliau, perjuangan ini telah mengangkat satu pasukan besar hingga menggoncang hati pembangkang.

Sekalipun terlalu banyak musuh yang dihadapi beliau, tidak sedikit pun menjejaskan semangat perjuangan. Kini kredibiliti Sekupang Dua dilihat sebagai salah seorang dari jaguh-jaguh blogger. Sejauh mana seorang blogger berkemampuan berhadapan dengan lawan harus diperhatikan menerusi contoh yang ditonjolkan oleh beliau.

Amaran kepada pembangkang, jangan gugat kewibawaan Blogger Sekupang Dua serta rakan seangkatannya jika tidak mahu melihat saat kejatuhan diri dalam parti sendiri.



No comments: