Sunday, February 5, 2012

SAMAN BALAS SEKUPANG DUA TERHADAP NGA KOR MENG (FULL VERSION)

Hari ni Parang Pedang nak share sikit dengan para pembaca setia blog Parang Pedang.blogspot.com/ berkenaan kes saman balas Pejuang Cyber Sekupang Dua terhadap Nga Kor Meng. Kebetulan masa pembacaan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Rabu lalu bersamaan 1 Februari 2012. Memang panas jadinya bila Saudara Sekupang Dua menyaman balas sejumlah 11 Juta Ringgit Malaysia terhadap Nga Kor Meng.

Nga Kor Meng kena buku bertemu ruas kerana Saudara Sekupang Dua sememangnya tegas pendirian beliau apabila nama baik beliau cuba dicalar oleh Nga Kor Meng. Sebelum ini Nga Kor Meng telah menyaman penulis blog sekupangduas.blogspot.com atas tuduhan menjatuhkan maruahnya sebagai wakil rakyat. Cuma apa yang Parang Pedang nak pertikaikan disini ialah, apakah layak Nga Kor Meng mengatakan bahawa dirinya masih memiliki air muka sedangkan sebelum ini dia sendiri telah mencalarkan imej diri selaku wakil rakyat dengan menghina Menteri Besar Perak dan memperlekehkan Negeri Perak.

Nga Kor Meng juga dikatakan tidak menghormati bangsa melayu dengan mencerca MB Perak yang jelas berbangsa melayu dihadapan pendengar ceramah yang majoritinya berbangsa melayu. Ditambah pula Negeri Perak bumi kelahirannya diperlekehkan. Dicalar lagi dengan kes pecah amanahnya semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan di Perak. Dimanakah maruahnya? Dimanakah taat setianya kepada Negeri Perak? Dimanakah sikap amanahnya terhadap tanggungjawab yang diberi sebagai pemimpin rakyat? Apa yang dilihatnya ialah kesalahan dalam kerajaan Barisan Nasional tanpa melihat kelemahan parti sendiri. Melihat kuman diseberang sampaikan tidak menyedari gajah didepan mata.

Disini ada satu soalan daripada Parang pedang, jika Anwar Ibrahim dibantu oleh seorang peguam terkenal iaitu Kapal Singh bagaimana pula dengan kes Nga Kor Meng? Adakah kerana Kapal telah tahu bahawa kes Komeng akan menemui kekalahan disebabkan segala bukti yang jelas? Harapnya Kapal dapat jawab soalan ni. Bukan apa, yang bukan ahli partinya ditolong, mengapa pula tidak pada ahli parti sendiri? Dimana pula sokongan padu dari anggota parti Pembangkang yang lain bila Nga Kor Meng disaman semula?

Parang Pedang akan siarkan gambar penuh ( lengkap pelbagai sudut ) suasana di Mahkamah Tinggi Ipoh ketika kes saman Balas terhadap Nga Kor Meng….


















PRU 13…. PERANG CYBER PALING SENGIT AKAN BERLAKU.

Bukan nak mendabik dada, tapi Parang Pedang berbangga kerana akan menjadi salah seorang pejuang cyber yang bakal bertempur secara sengit dalam pilihanraya 13 nanti. Lebih membanggakan juga, inilah peperangan politik paling bersejarah kerana melibatkan dunia teknologi tanpa sempadan. Jika dahulu kita lihat perang poster dianggap paling sengit kerana pelbagai bentuk, pelbagai logo dan pelbagai warna parti akan digantung serta bendera pelbagai jenis akan berkibar tanda pilihanraya akan berlangsung. Kini suatu perang besar antara parti akan terjadi dalam suatu dunia maya, senyap di alam nyata tetapi panas berapi didalam layar komputer.

Parang Pedang sendiri telah bersumpah untuk memastikan setiap hujah lawan dipancung hingga mereka kehabisan idea. Pilihanraya adalah penentu kepada corak pentadbiran negara sama ada kepada golongan kerajaan mahupun swasta. Bagi yang kerja disektor kerajaan, perubahan pentadbiran akan membawa suatu kesan tak terjangka menyebabkan sistem didalamnya berubah. Begitu juga swasta dimana kesan perubahan ekonomi dan struktur perundangan dipinda mengikut corak parti yang menang. Disinilah tugas angkatan perang siber untuk menyerang atau mempertahankan parti yang dijunjung. Parang Pedang yang berjuang atas landasan Barisan Nasional berpaksikan Perak Cyber Trooper akan memastikan fitnah, hujah dan taktik lawan dipatahkan dan serangan balas dihantar sehingga pihak lawan lumpuh.

Apa yang penting sekarang ialah persediaan dari segi pengetahuan dan strategi serta maklumat yang cukup tentang lawan. Perang siber bukanlah suatu yang boleh dibuat main kerana setiap kenyataan jika berbaur fitnah boleh mendatangkan masalah jika yang difitnah membuat laporan polis. Akan tetapi cara ini boleh memberikan kesan kepada yang diserang mahupun yang menyerang kerana pembaca akan membuat penilaian tentang isu berbangkit seterusnya membuahkan hasil pada jumlah kertas undi.

Parang Pedang ucapkan selamat berjuang kepada troopers pro BN.... jangan bezakan darjat antara blooger kerana kita adalah satu dibawah angkatan yang sama.

Saturday, February 4, 2012

PEJUANG SIBER BLOGGER PCT....  WIRA TAK DIDENDANG

Lapar, miskin, mengemis meminta belas sudah lumrah pejuang. Tidak terkecuali para pejuang cyber. Itulah hakikatnya yang perlu semua orang tahu. Bukan miskin yang kami pilih, bukan lapar yang diminta dan tidak pula sengaja meminta ihsan dari orang ramai. Tetapi fahamilah kehendak pejuang cyber yang mahu melihat negara sentiasa aman dari anasir pembangkang. Berikan sokongan padu untuk terus bersama Barisan Basional. Kami tidak akan berhenti hingga saat hembusan nafas yang terakhir.

Sengaja Parang Pedang memilih tajuk ini untuk memperingati detik blog Parang Pedang ini wujud. Bermula dari saat perjumpaan dengan ketua cawangan kawasan sendiri selepas kekalahan pada pilihanraya lalu mewujudkan sebutir pandangan kepada pemimpin akar tentang niat untuk berjuang dalam dunia siber. Restu diberi oleh sang pemimpin menambahkan lagi azam untuk menjawat diri sebagai wira maya. Berbekal sebuah laptop dengan nama blogger UMNORS ( UMNO RAPAT SETIA) , sedikit informasi menjadikan penulisan pertama diri ini sebagai sumber inspirasi. UMNORS pada ketika itu bagai kapal tak bernakhoda merentangi arus lautan politik hingga kadangkala terhempas dipukul badai pembangkang. Nak diadu tidak pula ada kapal terdekat.

Hinggalah satu saat ketika UMNORS menerima salam silaturrahim daripada seorang nakhoda terbilang iaitu blogger Sekupang Dua. Banyak yang dipelajari dari beliau hingga UMNORS yang kian karam bangkit semula menerjah ombak. Atas nasihat Sekupang Dua, UMNORS diberi jenama baru iaitu Parang Pedang.

Bermulalah detik perjuangan Parang Pedang sehinggalah kini bersama angkatan PCT ( Perak Cyber Troopers) dipimpin oleh Sekupang Dua dan saf pejuang.

Suka duka dihadapi oleh Angkatan PCT menjadikan hati pejuang maya lebih tabah. Pernah suatu ketika Parang Pedang mengikat perut kelaparan tatkala mahu menulis artikel membela nasib penjawat awam yang perlukan bantuan di kafe siber. Apakah berbaloi mengikat perut semata-mata mahu menulis artikel di kafe siber? Bagi Parang Pedang, itu tidak penting kerana suara rakyat lebih diutamakan. Angkatan PCT dihina dicerca oleh sekelompok manusia hanya kerana mempertahankan yang hak. Bahkan ada Angkatan PCT yang dianiaya oleh yang iri pada semangat perjuangan wira maya ini. Itulah hakikatnya wira yang tidak didendang ini. Bagai pengemis jalanan yang boleh ditendang sesuka hati.

Pejuang siber tahu, mereka tidaklah sehebat wira diperbatasan, tidak sehandal pendekar digelanggang. Tetapi mereka tahu dimana ceruk musuh siber bersembunyi untuk diacukan serangan. Hasilnya, hujah dan dakyah pihak lawan dapat dipatahkan lalu terjagalah keamanan dunia politik siber dari anasir pembangkang.

Begitu banyak detik pahit manis selama bergelar Parang Pedang. Syukur ke hadrat Ilahi, jiwa ini masih utuh memegang mata pena dan sedikit pengetahuan teknologi untuk menikam dan menghalang anasir jahat pihak musuh.

Apa yang pasti, perjuangan bersama sahabat seangkatan tidak akan berhenti selagi nyawa dikandung badan. Semoga akan datanglah pewarisnya untuk terus menyambung perjuangan suci ini suatu hari nanti.

(parang pedang bukanlah seorang yang hidup mewah seperti yang pembangkang fikirkan, jika mereka tidur dikatil empuk, Parang Pedang hanya berselimutkan cadar tebal beralaskan permaidani nipis)

Terima kasih khasnya buat Sekupang Dua. Blogger yang paling hebat dalam dunia pejuang cyber. Tidak lupa juga pada 'blogger mentor' dan awekz bukit gantang.....

TERIMA KASIH PARTI KITA

Parang Pedang ingin sangat mengucapkan terima kasih kepada Parti KITatas tindakan mereka dalam membubarkan parti tersebut. Seharusnya parti yang dianggotai oleh majoriti ahli melayu bersatu di bawah satu parti iaitu UMMO. Parang Pedang berharap sangat jika semua ahli KITA menyertai UMNO serentak sebelum pilihanraya diadakan sekaligus menguatkan barisan jentera UMNO.

Parti KITA yang diketuai oleh Dato Zaid Ibrahim sememangnya mempunyai semangat perpaduan dan menginginkan kesaksamaan pemerintahan. Bagi pendapat Parang Pedang, adalah lebih baik jika bernaung di bawah Barisan Nasional dan bukannya di bawah PAKATAN PEMBANGKANG pimpinan Anwar Ibrahim. Sejak dahulu lagi Barisan Nasional atau nama lamanya Perikatan telah mendapat tempat dihati bekas-bekas parti pembangkang seperti Gerakan dan PPP. Semuanya sedar akan keikhlasan Barisan Nasional dalam membimbing rakyat. Begitu kukuhnya ikatan antara parti komponen Barisan Nasional ketika diwaktu pilihanraya mahupun bukan.

Pembubaran KITA akan menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadap Dato Zaid bahawa beliau seorang yang sangat komited terhadap perpaduan antara rakyat. Parang Pedang yakin bahawa hikmah disebalik pembubaran KITA akan terserlah jika ia dihiasi dengan penyertaan ahli KITA ke dalam parti komponen Barisan Nasional disamping menjadi tamparan hebat kepada Pembangkang yang dilihat semakin musnah ekoran kontroversi pemimpinnya.

Dosa lalu usah dikenang kerana ia akan berlalu bersama keinsafan yang datang. Tapi apakah boleh ia disamakan dengan dosa Anwar Ibrahom yang terang-terangan menghina Islam khususnya warga Palestin? Fikirkanlah pembaca semua.

Akhir kata dari Parang Pedang. Terima kasih atas pembubaran ini kerana niat suci Dato Zaid Ibrahim akan menambahkan keharmonian bangsa di Malaysia.

P/s: PAS pula macam mana? Hidup segan mati tak mahu, lebih janji dari buat.......

SIAPA TIRU SIAPA?

Kadangkala ada juga rasa panas hati dengan blogger malaun pembangkang ni. Nak dimarah nanti orangnya dah berakal, fikiran matang. Dibiar pulak lain jadinya, macam-macam hal yang tak betul dia buat. Inilah perihal pembangkang apabila mengatakan bahawa corak pentadbiran mereka tidak meniru sistem pentadbiran BN.

Ada seorang blogger pembangkang yang mengaku sistem pemerintahan PAS sama sekali tidak menyamai BN. Parang Pedang nak tanya sikit, yang mana tu tak sama? Dasar ke? Atau perlaksanaannya? Tapi yang sangat pasti, pentadbiran PAS memang haprak. Cubaan meniru tapi tak menjadi maka itulah corak pentadbiran PAS. Ibarat orang kata hangat-hangat taik ayam, baru keluar suam kuku..... Lama-lama sejuk sokmo.

Kesannya adalah pada rakyat apabila menerima janji seindah janji BN tapi sekadar mimpi. Manakan tidak apabila sebaik menang, parti terpaksa menanggung pelbagai hutang selepas pilihanraya menyebabkan perancangan pembangunan rakyat terpaksa ditunda.

Itulah menifesto pembangkang yang indah bagai alam fantasi sedangkan hakikatnya janji basi. Rakyat tertipu dan terus ditipu pembangkang selama satu penggal pemerintahan. Itu dikira sudah cukup baik jika tidak tergadai tanah pusaka sendiri. Bagaimana pula jika harta pusaka dan tanah sekangkang kera digadai pembangkang dengan alasan untuk pembangunan?

Begitu juga penjawat awam dan pelajar U tajaan kerajaan BN. Dihasut untuk membenci kerajaan sedang diri menagih sesuap nasi. Akhirnya sudah menang pembangkang, lain pula jadinya bila segala insentif dan kepelbagaian elaun ditarik balik atas alasan mahu menampung kos pilihanraya.

Berhati-hatilah wahai rakyat, jangan menang sorak sedang kampung tergadai. Kita dikurniakan akal fikiran, gunakanlah dengan sebaiknya. Jangan jadi pengemis di bumi sendiri.

Wednesday, February 1, 2012

Saman Balas Sekupang Dua Terhadap Nga Kor Meng....

Hari Ini, 1 Februari 2012.....
Parang Pedang akan menyaksikan perlawanan balas yang melibatkan Komeng (Nga Kor Meng-DAP) dan Sekupang Dua. Parang pedang dimaklumkan bahawa pejuang maya Sekupang Dua akan menyaman balas Komeng pada jam 2.30 petang hari ini. Parang Pedang menjemput saudara semua untuk hadir dan memberikan sokongan kepada pejuang agama dan bangsa kita dalam menghadapi Komeng. Kita semua sudah sedia maklum bahawa Komeng kini sedang menghadapi pertuduhan pecah amanah ketika Pembangkang memerintah Perak selama 11 bulan dahulu. ditambah pula dari desakan oleh Sekupang Dua menyebabkan Komeng tidak senang duduk.

Ayuh bersama-sama kita hadir bagi membuktikan bahawa Perjuangan Sekupang Dua tidak berseorangan.....

Tuesday, January 24, 2012

Penyatuan Para Blogger Pro BN Dalam Menghadapi Pembangkang.

Tajuk artikel kali ini menyentuh soal pakatan pembangkang yang mulai sedar akan kebangkitan Blogger pro kerajaan BN dalam menghadapi kedatangan PRU. Soal pilihanraya bukanlah isu yang boleh idibuat main kerana perbezaan satu undian sahaja boleh menukar corak pentadbiran negara menurut parti yang menang. Pelbagai taktik dan kaedah yang digunakan bagi memenangi pilihanraya yang ditandingi.

Sememangnya puak pembangkang ini sedar bahawa salah satu kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ialah melalui media siber. Sebuah laman blog mampu menarik perhatian pelbagai pihak hingga mempengaruhi suasana politik tanah air.

Bagi menyekat usaha ini, mereka (pembangkang) akan sedaya upaya memastikan tiada penyatuan antara blogger melalui beberapa cara seperti menimbulkan perbalahan antara penulis blog. Disamping itu, setiap penulis blog yang sedang meningkatkan reputasinya akan dijatuhkan dengan beberapa isu kontroversi hingga menimbulkan syak wasangka dikalangan penulis blog lain.

Sebagai langkah pertahanan dari serangan pihak pembangkang, para blogger harus menanamkan sikap percayakan rakan bloggernya sendiri dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Kita harus waspada dengan pihak pembangkang walaupun rakan kita sendiri kerana kita tidak tahu apa agenda tersembunyi mereka demi memenangi hati rakyat dalam pilihanraya akan datang sekaligus merobek pertahanan bloggers pro BN.

Lupakan soal kepentingan diri mahupun wang kerana apa yang paling penting ialah soal maruah parti yang diperjuangkan kita semua. Rakyat tidak melihat bentuk parti sebaliknya bagaimana warga parti tersebut melaksanakan tanggungjawab mereka, kita (blogger) adalah pejuang yang menyandang pena dan kamera menggantikan senapang. Keamanan dan kemakmuran tanah air turut sama kita pikul walaupun bukan di medan perang. Setiap blogger mempunyai kepakaran tersendiri dalam menghadapi pihak lawan, seperti blogger yang tersohor parpukari, sekupang dua, papa gomo dan beberapa blogger yang lain. Masing-masing mempunyai kaedah yang tersendiri.

Setiap blogger ibarat aur dengan tebing yang saling memerlukan. Oleh itu hindarilah sengketa sesama kita. Bersedialah semua dalam menantikan semboyan pilihanraya oleh ketua pemimpin kita. Semoga barisan pejuang kita akan lebih kukuh.

Saturday, January 21, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Sempena pembukaan tahun 2012 ini,Parang Pedang dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Perpaduan antara kaum merupakan tunjang kekuatan Malaysia dalam menghadapi cabaran dari luar. Kita semua tak kira bangsa apa pun harus menerapkan sikap toleransi antara satu sama lain. Setiap warga ibarat sebuah keluarga besar dan mampu duduk semeja sebumbung dalam membangunkan negara. Pada pendapat Parang Pedang, tidak ada salahnya merayakan sesuatu perayaan itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama kita. Jika dilihat dari sudut positif, kita akan lebih mengenali tentang kepelbagaian sesuatu budaya melalui pengalaman meraikan perayaan bersama.

Pihak luar terutamanya yang iri hati dengan kemakmuran Malaysia sentiasa menunggu peluang untuk menghasut rakyat negara ini agar berpecah belah dan melalui cara ini sahajalah Malaysia akan dijajah semula. Besar harapan Parang Pedang untuk melihat penyatuan antara kaum menjadi lebih erat lagi sekali gus menjadi tamparan besar buat mata-mata yang dengki dengan negara ini terutamanya musuh dalam selimut.

Akhir kata dari Parang Pedang, Selamat Tahun Baru Cina.
GONG XI FA CHOI !!!

Wednesday, December 28, 2011

surat saman ke atau surat cinta? kecoh la lu...


Parang pedang tak tau apa motif KoMeng Mereng buat pengumuman nak saman blogger otai Sekupang dua. Tapi Yang pastinya pakatan rakyat memang berkokok je lebih dari buat kerja. Apa kes KoMeng? takkan kena gertak sikit pun dah terkencit dalam seluar? itu baru Sekupang Dua jer yang buat report....Bayangkan kalau dia panggil anak buah dia.....mau terberak cirit kot. Apa pun yang jadi, aku yakin Komeng cakap je lebih dari nak buat...Saman la kalau ko tu betul sangat. atau ko ni cuma pandai buat surat cinta je? Komeng...komeng....dulu lulus tak karangan masa SPM? Kalau takat tulisan Kaligrafi yang dapat A+, tak payah cerita hal politik....

Sunday, December 25, 2011

PERKASA bakal jadi platform Hassan Ali ?




Selepas tersisih dari landasan Parti PAS, Hassan Ali yang merupakan seorang pejuang kebenaran dalam dunia politik telah mula tawar hati terhadap parti tersebut. Ditambah pula dengan tawaran daripada Presiden PERKASA iaitu Dato' Ibrahim Ali yang berkata bahawa Hassan Ali lebih sesuai berjuang dijalan bebas setelah menghadapi saat duka bersama Pakatan Rakyat. Sememangnya kita semua tahu bahawa setelah sekian lama Hassan Ali bertanding atas tiket PAS, tidak banyak kebaikan yang beliau perolehi. Tambahan pula PAS sudah mula mengikut telunjuk parti lain membuatkan hala tuju PAS semakin jauh dari matlamat asal. Kini sudah tiba masanya PERKASA mengambil Hassan Ali sebagai ahli. Ini kerana pengalaman dan karisma Hassan Ali dilihat lebih menyerlah didalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jika benar itu akan terjadi (penyertaan Hassan Ali ke dalam PERKASA), ia akan jadi berita baik bagi aktivis politik kerana Hassan Ali mampu bertindak sebagai pemerhati dan pengkritik paling hebat terhadap para pemimpin politik sekaligus menjadi tamparan berbisa kepada PAS.

Bayar Cukai Taksiran MBI Dapat Cabutan Bertuah




Semalam Parang Pedang pergi bayar cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh. Ingatkan nak bayar sesaja je sebab nak mudahkan urusan pada masa akan datang. bila tiba saja kat kawasan MBI, Parang Pedang tengok ramai orang nak bayar cukai. Ingatkan orang nak bayar saman MBI, rupanya ada cabutan bertuah bagi yang membayar cukai taksiran. Disini Parang pedang nak bagitau pada pembaca yang menetap di Ipoh. Bayar cukai taksiran dan jadilah antara peserta cabutan bertuah MBI. gambar dah di'upload'kan...fikirlah jika anda antara pemenang hadiah utama cabutan bertuah ni....

Friday, December 23, 2011

Konsert Maher Zain di Ipoh 24 Disember 2011




Esok 24 Disember 2011 akan berlangsungnya Konsert Maher Zain, Untukmu Rakyat. Program yang akan diadakan di Stadium Perak bermula jam 8.00 malam (5 petang akan berlangsungnya persembahan artis tempatan). Masuk adalah percuma dan tempat duduk terbuka. Parang Pedang harap, tetamu datang awal kerana kemungkinan besar keadaan akan menjadi sesak jika lambat datang.

Kepada yang panggil Menteri Besar dengan nama ‘Hitam Metalik’ tu pun kalau nak bawak anak bini sekali, silalah…Jangan malu-malu. Maher Zain yang secerah pawana pun tak pandang kulit.

P/P: orang dulu saja yang suka bezakan warna kulit.

Ikhlas atau riak?


Macam mana Parang Pedang nak terangkan tentang perkara ni? Seorang muslim yang patut tahu mana betul dan mana salah. Solat memang suatu hal yang dituntut dalam agama, tetapi kalau dah solat tengah jalan dan menarik pandangan orang ramai sudah tentu menimbulkan sebarang kontroversi. Apakah niat mereka melakukan solat ditengah jalan? bukankah bumi Allah ini luas dan terdapat banyak tempat beribadah.

Parang pedang nak sampaikan nasihat, beribadat biar ikhlas. barulah masyarakat akan hormat.

PMR 2011 : Tahniah adik-adikku

Ipoh, 22 Disember 2011 Jam 10 pagi, Parang Pedang membuat liputan berkenaan aktiviti penerimaan keputusan PMR disebuah sekolah di Ipoh, Perak. Agak meriah kelihatan di sekitar tempat pengedaran slip keputusan peperiksaan. suasana bercampur baur antara gembira dan sedih, tidak kurang juga ada yang menangis kegembiraan apabila melihat keputusan yang diperolehi. Parang Pedang bangga dengan adik-adik yang selama ini telah memerah otak, mengorbankan masa bermain demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

cuma satu perkara yang ingin Parang Pedang sampaikan nasihat buat adik-adik yang dikasihi. Ini merupakan sebuah platform untuk adik-adik mendaki ke puncak kejayaan. Perjuangan adik-adik tidak sampai disini sahaja kerana banyak lagi cabaran yang akan dihadapi selepas ini. Susah payah dalam menghadapi PMR ini harus dijadikan kayu ukur bagi menempuh cabaran yang akan datang. Urusan politik usah difikirkan lagi kerana tugas yang perlu dilakukan oleh adik-adik semua ialah menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. jadikan contoh para pendidik sebagai sandaran utama. Parang Pedang yakin bahawa suatu hari nanti adik-adik bukan sahaja akan menjadi sekadar aktivis politik, bahkan akan ada yang menjawat jawatan tinggi dalam urusan pentadbiran negara. bermulalah dari sekarang kerana kejayaan suatu hasil bermula dari tindakan awal.

Akhir kata dari Parang Pedang, Tahniah atas kejayaan adik-adik. bagi yang kurang berjaya...jangan putus asa kerana gagal sekali bukan bermakna adik-adik gagal selama-lamanya. Teruskan usaha dan banyakkan berdoa.

P/P: Tak sanggup lihat sesetengah adik-adik yang menyertai aktiviti politik diusia yang tak sepatutnya akibat dari hasutan pihak tertentu yang mementingkan diri sendiri.

Antara gambar yang sempat diambil ketika di sekitar kawasan sekolah.





Thursday, December 22, 2011

Sekupang Dua sahut cabaran pihak lawan

Bloggers Gempur!!!

Inilah sebenar2 pejuang. Pantang dicabar, ngauman bergema. Sekupang dua yang melihat si anjing PR Nga Komeng yang menyalak mencabar sang singa (blogger) kini akan mengahadpi masalah disebabkan oleh taring Sekupang Dua yang menyilau. Sekupang Dua yang baru beberapa jam pergi ke Pejabat SPRM telah membuat laporan tentang penyalahgunaan kuasa oleh Nga Mor Ming ketika Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Perak beberapa ketika dahulu. berikut adalah gambar yang dirakam ketika Sekupang Dua membuat laporan SPRM di Ipoh.


Monday, December 19, 2011

Tarik semula AUKU yang membenarkan aktiviti poltitik dikalangan pelajar!

Parang Pedang tak habis hangin lagi dengan ADAM ADLI yang sememangnya bagai BABI menyondol daging apabila aksinya menurunkan bendera Pemimpin UMNO di PWTC. Parang Pedang menuntut pemimpin UMNO mengeluarkan memorandom kepada dua pihak iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan ahli keluarga Adam Adli sendiri.

Selain dari itu, Parang Pedang mendesak agar AUKU yang memberikan hak berpolitik kepada penuntut Universiti dan kolehj universiti dikaji semula memandangkan kematangan sesetengah penuntut yang kurang ditambah lagi dengan tindakan mereka lebih agresif berbanding profesional. Parang Pedang tak nafikan ada sesetengah penuntut yang hebat dalam soal politik. Tetapi apabila Adam Adli bertindak demikian, maka tercalarlah imej Universiti dimata pengamal politik. Adam Adli sangat biadap, tak matang, bodoh dalam bertindak serta memalukan universiti. Luahan rasa boleh dilakukan secara profesional, tetapi mengapa si BABI bodoh ni boleh gunakan saluran belakang macam bontot Anwar Ibrahim?

Bakal mangsa belakang......BABI

Sunday, December 18, 2011

babi buta punya budak


Segerombolan babi mencari bendera Dato Seri Najib kerana disangkakan makanan....



Kalau BABI tu....memang tetap BABI, Takkan Jadi Bang Anwar Bin Ibrahim

Ni yang Parang Pedang hilang sabar... bakal cikgu apa kalau perangai macam BABI...atau sebutan lainnya Bang Anwar Bin Ibrahim. kenapa muka mak bapak ko yang tergantung kat frame ruma tak diturunkan? kalau BABI tu babi la jugak...takkan jadi cikgu punya. parang pedang tak sanggup kalau ada kelompok cikgu yang tak matang macam si BABI ni. dah puas kena ponggong dengan bang Anwar Bin Berahim agaknya? besar punya ! bontot kamu... berapa kali dah kena tutuh? BABI!

Saturday, December 17, 2011

RM 18 Juta sangat berbaloi untuk peruntukan perlancongan di Perak.




Siapa kata Perak tiada potensi untuk dibangunkan sebagai pusat perlancongan negara ini? Apabila pembangkang cuba menjadi hero kampung, inilah jadinya.pembentangan bajet Perak 2012 telah memperuntukkan sebanyak 18 Juta berbanding tahun lalu hanya 10 juta. Namun begitu, didalam sebuah komen oleh ADUN Simpang Pulai yang kurang bersetuju dengan peruntukan yang diberi. Tidak nampakkah oleh Chan Ming Kai akan potensi perlancongan Negeri Perak yang mampu menaikkan nama negeri ini? Chan cuba terjun gaung apabila memalingkan wajahnya daripada kenyataan bahawa Perak mampu dibangunkan sebagai tempat perlancongan.
Kita liha potensi Negeri Perak sebagai kawasan yang kaya dengan sumber batu kapur, bukan sahaja menjadi pembekal produk marmar malah disebalik kewujudan batu kapur disini mampu menjana sumber ekonomi dari sudut perlancongan. Parang Pedang selalu melawat kawasan-kawasan perlancongan disini yang terkenal dengan gua batu kapur. Sebut sahaja dimana yang ada kawasan rekreasi batu kapur, Gunung Lang, Perak Tong, Sam Poh Tong juga Kek Lok Tong ,tidak termasuk lagi kawasan perkelahan air terjun dan sungai serta air panas semulajadi disamping keindahan pantai di Negeri Perak. Bagi Parang pedang, risiko tetap risiko jika kita melaburkan sejumlah RM18 juta sebagai peruntukan. Tetapi kita telah melihat potensi kawasan yang hendak dibangunkan sememangnya akan membawa hasil dikemudian hari.
CMK yang sepatutnya melihat kesan positif disebalik pelaburan 18 Juta tersebut lebih melihat kesan negatifnya yang tidak seberapa. Kerajaan telah mengkaji terlebih dahulu kemampuan pulangan hasil dari sumber perlancongan ini, maka tidak hairanlah jikalau dinaikkan peruntukan dari 10 juta ke 18 juta ringgit. CMK mungkin lebih tahu tentang masa depan negeri Perak dari sektor perlancongan, akan tetapi hanya sekadar menutup mata apabila yang membangunkan sektor perlancongan itu bukan dari partinya sendiri.



Thursday, December 15, 2011

Jawab balas terhadap cercaan oleh Nga Kor Meng



Parang Pedang nak jawab balik apa yang dikatakan oleh penghina kami. Tuhan tak melihat warna kulit manusia. yang dilihat ialah sejauh mana pengesaan hamba terhadap Tuhan yeng menciptakannya. KoMeng tak mensyukuri pemberian Tuhan, sebaliknya berasa megah dengan kata-katanya. Apakah boleh diterima oleh masyarakat Islam akan kata-kata KoMeng yang menyembelih maruah Umat Islam sendiri?

Pendedahan ekslusif : penyamun jahanam Nga Kor Meng




http://angkatanpemikir.blogspot.com/2011/12/panas-kami-dedah-nga-penyamun.html

Buka sahaja page yang Parang pedang link diatas. Lihat bertapa hapraknya Nga Kor Meng yang menyalahgunakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya. Berikutan penemuan beberapa dokumen yang sangat memeranjatkan kita semua. Parang pedang ucapkan terima kasih kepada pendedah dokumen ini. Mudah-mudahan Allah bukakan jalan bagi kita semua menghadapi kafir harbi ini. rupanya KOMENG ni syok kat cik Tan dan cik Ton...sampai sanggup gantikan tender milik Goodman Taylor....KOMENG...KOMENG...

Bantahan dihadapan Pejabat DAP Ipoh.


Salam Perak Amanjaya..DAULAT TUANKU!!!.Kita akan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap Adun DAP NGA KHOR MING yg telah menghina bangsa Melayu dan KEDAULATAN Negeri Perak pada hari JUMAAT ini 16/12 selepas solat Jumaat(2.30pm).Berkumpul di Hadapan Ibu Pejabat DAP di Medan Istana,Bandar Ipohraya. Memorandom bantahan akan diserahkan di sana.

Wednesday, October 19, 2011

PAS nak hukum sebat pasangan yang bercerai?

Apa cerita pula kali ini? bila mufti Perak cadangkan akta murtad, mereka perlekehkan. sekarang dah pandai-pandai nak buat hukum hudud baru. sejak bila Allah letakkan hukum bercerai tu sebagai haram sampaikan nak dirotan pula? Yang Parang Pedang tahu Penceraian itu hukumnya sah dan halal cuma dibenci Allah S.W.T sahaja. Nampaknya PAS nak jadi jaguh jantan kepada kaum hawa pula. Adakah ini salah satu daripada umpan bagi memancing kaum hawa dalam pilihanraya nanti?

Adakah ini yang menjadi hukum hudud PAS bila mereka memerintah nanti? Bagi Parang Pedang, penceraian itu bertujuan memberikan hak kepada kaum hawa yang sudah tidak mampu bersama pasangannya disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Lebih baik daripada digantung tak bertali, tiada status yang tepat.

Nampaknya mungkin PAS Kelantan mahu kaum hawa menderita tanpa suami sedangkan masih belum dilepaskan. Parang pedang harap agar PAS Kelantan melupakan sahaja hasrat untuk mewujudkan hukuman ini. takut nanti ada wanita yang datang mengadu ditinggalkan suami tapi tiada ststus cerai, mampu ke PAS Kelantan nak tanggung.

Sokong sahaja akta murtad yang dibangkitkan oleh mufti Perak kerana itu lebih utama. Nampak sangat PAS terdesak untuk memancing undi dalam pilihanraya kali ini dengan memegang watak superman bagi kaum hawa. apa yang diwujudkan berkaitan undang-undang cerai oleh kerajaan BN telah cukup baik bagi kaum hawa kerana disamping tuntutan hak mereka yang diambil kira, mereka juga diberi pembelaan sewajarnya pihak kementerian. kenapa mahukan kekerasan fizikal dalam setiap penyelesaian masalah sedangkan kaedah psikologi dan perlaksanaan undang-undang sedia ada lebih baik.

P/s : fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan, takut nanti dituduh bontot ayam. Berak tak tentu tempat.

Wujudkan Koperasi Bloggers Pro Kerajaan

Tajuk ni tak tahulah Parang Pedang sama ada isu ini sudah dibangkitkan atau tidak, jika sudah dibangkitkan maka Parang Pedang anggap sebagai ingatan semula. Ke mana-mana saja Parang Pedang pergi maka akan terserlah papan tanda tertera koperasi pelbagai pertubuhan tidak kira kerajaan mahupun swasta. Dalam masa yang sama Parang Pedang yang hidup dalam dunia penulisan blog merasakan bahawa adalah sepatutnya para bloggers pro kerajaan juga harus memiliki sebuah koperasi. Tidak kira atas landasan mana jua penulis blog tersebut, asalkan berjuang pertahankan BN maka sudah cukup syaratnya.

Tujuan utama koperasi yang Parang Pedang cadangkan ini adalah sebagai jaminan masa depan kepada para penulis blog bagi memudahkan segala urusan berkaitan kebajikan dan keperluan. Disini Parang Pedang ingin mencadangkan beberapa isi dalam sebuah koperasi bloggers jika ia menjadi kenyataan.
1. Membuka peluang menjana pendapatan para penulis blog menerusi pelaburan dan perolehan dividen tahunan.
2. Menjalankan urusniaga konvensional (runcit) atau produk dan tawaran harga istimewa untuk ahli koperasi.
3. Memberikan latihan kepada ahli koperasi sama ada kemahiran mahupun kursus jangka pendek.
4. Menyediakan biasiswa bagi anak-anak ahli koperasi bloggers yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
5. Menyediakan dana kebajikan bagi membantu ahli koperasi yang ditimpa musibah.
6. Menjadi platform bagi menyampaikan sebarang suara cadangan atau kritikan dalam dunia blog.
Mungkin lebih banyak kegunaan koperasi ini jika ia mula diwujudkan nanti. Apa yang Parang Pedang perkatakan ini adalah untuk manfaat semua bloggers dan ia hanya dapat direalisasikan sekiranya semua pihak bersetuju dan mula melaksanakannya.

Kawasan Rekreasi Lubuk Timah Perlu Penjagaan Rapi

Ramai yang tertanya-tanya apa itu Lubuk Timah? tempat memancing ikankah atau nama lombong bijih timah? Sebagai mukadimah kepada yang belum mengenali Lubuk Timah, ianya merupakan sebuah tempat rekreasi yang menggandingkan dua suasana iaitu kolam air panas dan air terjun.
Istimewanya tempat ini ialah udara nyamannya dan bunyi air terjun yang boleh didengari sambil bersantai dalam kolam air panas. Kedudukannya yang terletak di jalan menghala ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Sayangnya ada yang tidak mengetahui tentang tempat rekreasi ini walaupun mereka berulangkali pergi ke Cameron Highlands melalui jalan tersebut. Bukan mereka tidak mahu ke sana tetapi keadaan kawasan rekreasi tersebut yang agak menyedihkan dengan penyelenggaraan yang kurang. Ditambah pula papan tanda menghala ke tempat rekreasi tersebut yang kecil dan pudar.
Parang Pedang yakin jika kawasan tersebut dibangunkan, ia dapat menjana pendapatan penduduk setempat dan secara tidak langsung menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi dalam Perak bagi pelancong luar. Kerajaan BN Perak diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap tempat rekreasi ini memandangkan ia agak popular bagi yang mengetahui tentang tempat berkelah ini. Selain tempat rekreasi Ulu Chepor di Utara Ipoh, Lubuk timah pula boleh dijadikan opsyen bagi kawasan Selatan Ipoh.
Parang Pedang melihat potensi Lubuk Timah sebagai kawasan rekreasi keluarga amat cerah jika beberapa langkah diambil dan antaranya ialah baik pulih jalan raya ke kawasan terbabit, papan tanda yang jelas, landskap di sekitar kawasan, jaminan keselamatan di tempat rekreasi serta promosi yang berterusan.
Ini cuma sekadar cadangan dari Parang Pedang, mungkin Kerajaan BN Perak mempunyai perancangan yang lebih baik. Apa yang ditulis hanya suatu pendedahan tentang potensi kawasan rekreasi ini dan mungkin ia boleh ditambah baik dengan mewujudkan kawasan jungle tracking serta tempat latihan jati diri dan motivasi.

Parang Pedang kata: dulu selalu ikut kawan berendam dalam kolam air panas Lubuk Timah tengah malam buta….memang kerja gila.

Kenapa Malaysia yang terbaik?

Bukan Parang pedang nak persoalkan apa yang baik dalam Malaysia. tapi Parang pedang nak bandingkan antara Malaysia dengan sebuah negara di Asia. Negara yang mengamalkan dasar komunisma, antara negara yang hampir dengan kita dan menjadi antara negara gergasi. Baru semalam Parang Pedang dipertontonkan dengan sebuah rakaman seorang anak kecil dari negara tersebut yang mengalami kemalangan. Sangat sedih melihat keadaan anak tersebut apabila selepas dilanggar tidak seorang pun yang membantunya. Malah apa yang Parang Pedang tonton lebih menyayat hati apabila kenderaan lain yang lalu terus menggilis anak tersebut dan orang yang melihatnya terus berlalu tanpa membantu. Dimanakah sikap peri kemanusiaan didalam hati rakyat negara tersebut? Sudah lupakah pada nilai-nilai moral setelah negara ditakluki oleh kuasa komunis yang anti pada tuhan?
Inikah yang diamalkan oleh negara komunis? Dan inikah yang dikagumi oleh seorang tokoh pembangkang terhadap komunis? Parang Pedang berdoa agar takkan selangkah pun dasar komunisma bertapak di bumi Malaysia ini. Malaysia sangat berbeza dengan negara tersebut kerana jika dibandingkan dengan negara yang Parang Pedang maksudkan, rakyat Malaysia lebih prihatin antara satu sama lain kerana ia telah diajar oleh setiap agama. Ditambah pula dengan dasar pentadbiran yang menanamkan sikap saling tolong menolong. Alhamdulillah, Parang Pedang bersyukur dapat lahir di Malaysia ini. Asal jatuh sikit sahaja maka ramai yang menghulurkan tangan membantu bangun semula, asal kelaparan saja pasti ada yang membawa juadah untuk dimakan. Begitu sekali tahap keprihatinan rakyat Malaysia.
Apa yang menghairankan Parang Pedang ialah mengapa masih ada yang tidak berpuas hati dengan segala yang ada di bumi Malaysia ini hingga tergamak melakukan onar didalamnya dengan demonstrasi, mewujudkan agenda subversif bahkan menabur pelbagai fitnah terhadap Malaysia apabila berkunjung ke negara lain. Mudah-mudahan mereka sedar dari sikap kufur mereka, kufur nikmat pemberian Tuhan.

Hadi jangan perlekehkan cadangan akta murtad

Sangkaan Parang Pedang bila mufti Perak mencadangkan akta murtad sebelum ini maka akan disokong oleh PAS, tetapi lain pula jadinya bila Abdul Hadi Awang mengeluarkan statement yang berbunyi lebih kurang begini : akta murtad tidak perlu sebab ia dalam hudud. Adaka patut dia cakap lagu tu seolah-olah hudud PAS sahaja yang ada hukum murtad.
Hadi tak faham apa maksud sebenar cadangan mufti Perak, beliau mahu memasukkan sistem Islam secara perlahan-lahan ke jiwa semua pihak. Tidak seperti Pas yang mahu menyumbat segalanya secara serentak. Tambahan pula bila yang bercakap adalah seorang tokoh ulama dan yang memperlekehkannya juga ulama. Rasanya perlu Parang Pedang pertahankan cadangan mewujudkan akta murtad ini kerana kalau nak diikutkan hudud PAS, sampai bila pun takkan menjadi sebab sikap mereka yang tidak istiqamah. Sekejap hudud, lepas tu negara berkebajikan dan kemudian hudud semula. Yang mana satu pun Parang Pedang tak faham. Minta maaflah kalau Parang Pedang kurang ajar sikit dalam atrikel ni bila Parang Pedang katakan bahawa PAS serupa tahi ayam dalam segala perancangannya.
Telur sebiji riuh sekampung, itulah yang Parang Pedang boleh bayangkan tentang PAS. Baru merancang sudah dihebahkan kepada semua, entahkan telur siapa yang dieramkan. Kenyataan Hadi Awang yang memperlekehkan cadangan Mufti Perak seolah-olah tindakan PAS sahaja yang betul sedangkan banyak perkara yang dibangkitkan oleh Mufti Perak diterima ramai terutamanya rakyat Perak sendiri dan memberikan manfaat kepada seluruh Perak.

Parang pedang cabar Hadi Awang, hududkan seluruh negeri taklukan PAS jika ia mampu dilaksanakan secara terus. Bagi Parang Pedang, nak wujudkan negara Islam perlu dengan cara menarik rambut dalam tepung supaya rambut terkeluar tepung tak bersembur. Apakah Hadi Awang bercakap atas dasar syok sendiri atau ada pihak ‘luar’ yang mahu cadangan Mufti Perak disekat? Parang pedang tak tuduh, tapi berani kerana benar takut kerana salah. Bukan sebarang kata Parang Pedang keluarkan untuk membantai sesiapa. Cuma merasakan cadangan Mufti Perak Perlu dipertahankan demi kesejahteraan umat Islam.
Nasihat untuk Hadi Awang, cukuplah orang lain dah malukan PAS. Jangan ditambah lagi cirit dilubang, takut-takut diri sendiri jatuh ke dalam. Parang Pedang tetap Parang Pedang, hanya seorang pemuda yang sayangkan ulama’ terutamanya dari Perak.

Anwar Ibrahim dari sudut pandangan Seorang Menteri yang sangat dipercayai.

Lebih setahun lalu, suatu pertemuan antara Barisan Saf Bloggers dengan seorang menteri telah diadakan. Pertemuan yang tidak formal bertujuan merapatkan hubungan antara bloggers dengan menteri berkenaan sedikit sebanyak menunjukkan penghargaan terhadap bloggers disamping memperlihatkan kewujudan kami dimata pemimpin.
Pelbagai isu yang diperkatakan dan ada antaranya menjadi rahsia antara kami semua. Cuma apa yang ingin Parang pedang ceritakan disini ialah bertapa beliau sendiri tidak sanggup menyebut nama penuh Anwar kerana terkutuknya perbuatan yang beliau lakukan mengikut kaum sadom umat nabi Luth. Hanya sekadar gelaran AI sahaja yang mampu beliau sebut sebagai merujuk kepada nama pelaku terkutuk itu, begitu dasyat sekali apa dia lakukan hingga mahu disebut nama pun Menteri berkenaan tak sanggup. Beliau mendakwa orang seperti itu sudah sahih dilaknat oleh Allah dan menteri berkenaan tidak mahu dituduh bersubahat hanya semata-mata menyebut nama penuh AI dihadapan kami (menyebut nama penuh ibarat memberikan penghormatan tinggi kepada individu berkenaan)
Didalam kenyataan beliau, AI sangat dikenalinya dan sebelum terbongkarnya perbuatan tersebut beliau tidak mempercayai bahawa AI sanggup melakukan perbuatan tersebut. Namun begitu, pembangkaran demi pembongkaran menyerlahkan sikap sebenar AI dan kepercayaan itu lenyap sama sekali apabila kebenaran terserlah.
Kini pelbagai pertuduhan semakin menyerlahkan sikap AI dimata menteri tersebut. Kisah beliau dan AI diceritakan kepada kami dan sebagai menghormati permintaan beliau agar maklumatnya dirahsiakan maka apa yang Parang Pedang dapat sampaikan hanyalah sekadar luahan Menteri berkenaan tentang siapakah AI yang sebenarnya.
Bagi Parang pedang, Menteri berkenaan amat disayangi oleh rakyat pimpinannya bahkan Parang Pedang sendiri amat menghormati beliau disebabkan komitmennya membela masyarakat dikawasaan jagaannya.

Doktor perlu tingkatkan tahap kecekapan tugas

Sejak kebelakangan ini Parang pedang asyik keluar isu berkaitan hospital saja. Bukan kerana Parang Pedang berkerja disana dan tidak juga Parang Pedang sakit. Tetapi disebabkan oleh salah seorang ahli keluarga Parang Pedang yang sakit dan ditemani oleh Parang Pedang. Ada satu cerita yang ingin Parang pedang kongsikan kepada semua pihak, anggap saja ini satu aduan kepada pihak tertentu. Suatu insiden yang berlaku di katil 40 wad 5B Hospital Raja permaisuri Bainun sekitar jam 5 pagi pada 15 Oktober 2011 telah mendorong Parang Pedang untuk menulis artikel ini. Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mengajar tentang perlunya sikap ambil tahu tentang tugas yang dipikul oleh para doktor. Selaku pegawai perubatan, tidak seharusnya istilah cuai diguna pakai dalam profesion mereka. Apa yang berlaku tadi sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima oleh Parang Pedang apatah lagi pesakit tersebut. Bagi menjalani sesuatu prosedur pengeluaran darah dari tubuh pesakit, doktor yang terlibat sepatutnya tidak membiarkan alatan suntikan yang telah diguna pakai diatas katil pesakit. Mungkin terlupa atau sibuk melayan pesakit lain sehinggakan doktor tersebut terlupa untuk menyimpan jarum yang telah digunakan terhadap pesakit. Berang dengan tindakan doktor terbabit, waris pesakit telah mengadu keadaannya dan hal ini didengari oleh Parang Pedang yang kebetulan berada disana.
Apa yang dapat Parang Pedang simpulkan disini ialah tahap kecekapan tugas seorang doktor perlu dipertingkatkan lagi bagi menjamin kualiti kesihatan rakyat Malaysia. Apa yang Parang Pedang lakukan bukanlah menunding jari kepada pihak yang terbabit tetapi menyampaikan luahan rakyat yang mengalami kejadian tersebut dan menjadi pengajaran buat penjawat awam yang melaksanakan tugas supaya lebih cermat dan berhemah.
Orang mungkin akan tanya apa hak Parang pedang untuk membangkitkan isu ini dalam blog politik. Cuma satu sahaja jawapan Parang Pedang, Politik adalah dasar dan Pentadibran pula perlaksanaan. Kerosakan perlaksanaan lambang kelemahan dasar. Bagi Parang Pedang, jawatan yang diamanahkan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam haruslah dipikul dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Kepada doktor yang terlibat, Parang Pedang minta maaf kerana terpaksa menyiarkan artikel ini bagi pengajaran dimasa akan datang. Begitu juga petugas-petugas perubatan yang terlibat dalam insiden tersebut.

P/s: Kalau ikut hati Parang pedang , mahu jugak dicucuk hidung doktor tersebut.

Tuesday, October 4, 2011

Atap Siling Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh Bocor

Pagi semalam Parang Pedang bawa ahli keluarga yang sakit ke Klinik Kesihatan Gunung Rapat yang terletak bersebelahan Hillcity Hotel Ipoh. Boleh tahan juga jumlah orang yang mendapatkan rawatan disini, pelbagai peringkat usia dan bangsa yang ada. Bagus juga di kawasan ini disediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan, siapa yang sakit tapi tak serius bolehlah datang ke sini.



Tapi apa yang Parang Pedang perhatikan disini ialah pada suatu sudut berhampiran dengan tandas lelaki klinik kesihatan tersebut dimana silingnya bocor. Nampak gayanya dah agak lama jugak terjadi dan dibiarkan jika dilihat pada keadaan siling tersebut. Bukan apa, Parang pedang bukanlah nak cari mana-mana pihak yang bersalah atau mengabaikan keadaan Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh, cuma sebagai pemerhati rasanya eloklah Parang Pedang beri teguran agar orang awam tidak manghadapi apa-apa masalah berhubung dengan kebocoran siling Klinik Kesihatan berkenaan. Apa yang parang pedang sampaikan ialah sekadar nota kepada pihak yang terlibat supaya mengambil tindakan sewajarnya. Parang Pedang turut mengambil gambar siling bocor berkenaan untuk makluman pihak terlibat. Kalau nak pinjam gambar ni untuk rujukan serta tindakan baik pulih pun Parang Pedang tak kisah asalkan kerja-kerja baik pulih dapat dijalankan secepat mungkin.







P/s: Parang Pedang bukan busy body, tapi takut dapat ‘mandi free’ dibawah siling bocor tu..

Karnival Kerjaya Belia BN Perak



Baru-baru ni Parang Pedang menghadiri karnival kerjaya belia BN ( BN Youth Jobs Fair) di Ipoh. Bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (Dataran MBI), karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula 1 Oktober 2011 dan berakhir pada 2 Oktober 2011 dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. Pelbagai program yang diadakan disamping pondok-pondok pameran syarikat swasta yang menawarkan pelbagai kerjaya dari peringkat pentadbiran sehinggalah kepada bahagian teknikal. Pelbagai syarikat gergasi mengambil bahagian mencari calon-calon yang layak sebagai warga syarikat.
Parang Pedang tidak melepaskan peluang mencari kerjaya sesuai dengan kelayakan Parang Pedang sendiri. Selain dari itu juga, pondok pameran institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pameran unit berunifom juga dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai. Kehadiran orang ramai amat baik dan mendapat sambutan dari segenap umur.
Parang Pedang berharap agar program sebegini akan berterusan diadakan dan dimasukkan dalam program tahunan bagi memastikan nasib rakyat yang tidak mendapat sebarang pekerjaan akan terus terbela.
P/s : Parang Pedang baru dapat panggilan temuduga hari ni disebuah restoran makanan segera sebagai pelatih pengurusan…Alhamdulillah. Terima kasih Pusat Kerjaya Aman Jaya dan Bn Youth Jobs Fair.

Parti Rojak

Siapa suka makan rojak? Parang pedang tahu rasa rojak memang sedap…tambah-tambah lagi kalau kena pada waktunya. Macam-macam ada dalam rojak yang kita selalu makan, ada timun nenas sengkuang jambu dan bahan lagi.Tapi Parang pedang bukanlah nak promotekan rojak disini sebab kita semua dah kenal dengan rojak, tak perlu lagi nak cerita panjang tentang rojak.
Namun begitu, kenalkah kita dengan parti rojak? Namanya memang agak pelik tapi itulah hakikat tentang parti rojak ni yang Parang pedang nampak. Bukanlah maknanya parti tersebut menjual rojak atau menjadikan rojak sebagai ikonnya, tetapi pemikiran pemimpin tersebut yang memang dah macam rojak. Macam mana pula ia dikatakan parti rojak? Senang sahaja, apa bila suatu pemimpin itu datang dari suatu parti kemudian membuat najis dalam parti yang disertainya lalu dibuang dan dia sendiri menubuhkan parti baru ke dalam suatu pakatan dengan membawa acuan parti lama yang disertainya. Lalu bercampur dengan parti-parti lain dalam sebuah mangkuk bernama pakatan rakyat. Sekali pun ia dipanggil rojak, isi dalamnya tetap berlainan jenis dan takkan bersatu antara satu sama lain.
Parang Pedang memandang parti rojak ini dalam dua sudut pandangan berbeza, satu dari sudut positif manakala satu lagi dari sudut negatif. Jika dilihat, perihal negatifnya lebih banyak dari positif dan lebih banyak memberikan kemudaratan. Kita akan kupas terlebih dahulu kesan positif hasil dari parti rojak ini. Pertama sekali ialah kesan dari parti rojak akan saling mengingatkan antara satu sama lain akan kelemahan dalam parti yang harus diperbaiki. Parti yang tidak ditegur mungkin akan terus melakukan pelbagai kesilapan tanpa diperbetulkan. Dengan adanya campuran pelbagai parti dalam satu pakatan akan menjadikan sesebuah parti yang menyertai menjadi lebih baik.
Disebalik kesan positif yang diberikan, lebih banyak kesan negatif akan timbul dan ini mampu memberikan kesan buruk terhadap rakyat dan negara. Bayangkan sebuah gabungan yang tiada jenama menjaga sebuah negara, apakah masing-masing akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak baik terhadap negara? Pastinya setiap parti akan menunding jari antara satu sama lain. Tambahan lagi parti masing-masing akan menonjolkan dasar pemerintahan sendiri dan akan berlakulah perbalahan diperingkat awal pentadbiran mereka.
Kesan buruk yang ketara dapat dilihat adalah kerosakan dasar parti masing-masing, ada yang tercabut tangan, tertanggal kaki, hilang kepala dan akhir sekali hilang rupa sebenar parti tersebut. Parang Pedang beri satu contoh kesan kerosakan dasar parti iaitu dasar sebuah parti yang mahukan hukum Islam secara total manakala sebuah parti lagi mahukan dasar republikan sedangkan parti lain berpecah kepada dua kumpulan mengikut dasar-dasar yang diperkenalkan.
Bagaimana penerimaan orang ramai terhadap parti rojak ini? Mungkin semua akan kata sedap dan kemudiannya masing-masing akan berlari ke tandas sambil menyumpah seranah parti rojak ini. Ini senario yang akan berlaku selepas beberapa ketika parti rojak memerintah. Lihat sajalah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan kelantan yang dipimpin oleh parti rojak, bergabung atas nama pakatan rojak tetapi berlainan rasa. Akibatnya, masing-masing tidak mahu menerima pendapat dan dasar pihak lain.
P/s: Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk ditengah jadi mangsa.

Antara Reformasi Anwar Dan Transformasi Najib

Idea ini Parang Pedang dapat ketika membeli makanan pagi di sebuah taman perumahan. Mungkin agak pelik dan lucu tetapi hakikatnya inilah kebiasaan Parang Pedang yang sentiasa mencari tajuk bagi setiap artikel. Kisahnya berlaku semasa Parang Pedang ingin membeli makanan digerai yang biasa dikunjungi, tiba-tiba Parang Pedang melihat sebuah gerai baru dibuka dalam menyaingi gerai yang biasa dikunjungi Parang Pedang (gerai yang sentiasa dikunjungi ramai). Dari sinilah Parang pedang perolehi suatu yang dirasakan perlu sampai kepada masyarakat.
Antara reformasi yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dengan seruan transformasi oleh Dato’ Seri Diraja Najib Tun Abdul razak, yang mana satukah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Seperti yang Parang Pedang katakan tadi bahawa antara dua gerai makan pagi yang dibuka, satu telah lama bertapak manakalau satu lagi masih baru dengan menjual produk yang sama. Pada pendapat Parang Pedang, bukanlah tidak mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi apakah berbaloi mengambil risiko mencuba sedangkan coraknya sama iaitu satu nama iaitu nasi lemak (seperti yang akan keluar di Pawagam – Nasi lemak 2.0). Bezanya cuma satu sahaja, sedap atau tidak sedap sedangkan wang telah dikeluarkan.
Sama seperti memilih corak pentadbiran negara ini sama ada mahukan yang lama dan lebih berpengalaman atau memilih yang baru dengan cara yang sama, cuma diubah sedikit sahaja bentuknya. Di Negeri Perak contohnya, Parang pedang sudah merasa rasa kedua-dua perisa (PAS dan UMNO) ini dan ternyata perisa lama (UMNO) lebih enak dan menjadi pilihan utama Parang Pedang.
Anwar menyedari bahawa rakyat sudah biasa menikmati kemakmuran dibawah pemerintahan UMNO, lalu beliau sendiri cuba mencipta klon pentadbiran yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh UMNO, cuma diberi nama baru iaitu reformasi bagi menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikatnya apa yang dicanangkan oleh Anwar hanya gimik politik semata-mata. Idea UMNO dicedok oleh Anwar dan diklaim sebagai hakmiliknya. Rakyat yang mahukan pembaharuan mula terpengaruh dengan pujuk rayu Anwar mula beralih arah, akibatnya rakyat tertipu dengan permainan politik kotor ini.
Ketika rakyat sedang mencari kebenaran disaat UMNO dan barisan perti komponen BN menghadapi krisis akibat taktik jahat Anwar, Seorang pemimpin nombor satu negara telah tampil memberikan harapan dan merealisasikannya menerusi program tranformasi negara. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Dato’ Seri Diraja Najib. Disaat rakyat terkapai-kapai dilemaskan ombak akibat karamnya bahtera pembangkang, bahtera BN mula melemparkan pelampung menyelamatkan rakyat. Pelbagai janji bagi membela nasib rakyat telah dilunaskan oleh BN manakala sebahagian lagi sedang dalam proses perlaksanaan. Nasib rakyat yang tertipu oleh Anwar Ibrahim dan saf perangnya yang terdiri dari parti pembangkang telah mendapat bantuan BN dan ramai yang sedar akan permainan jahat Anwar telah mula memalingkan muka mereka dari dakyah pembangkang kerana tahu mana satu pilihan mereka yang terbaik.
Ternyatalah bahawa corak pemerintahan yang lama lebih baik dari sistem yang baru diperkenalkan tanpa diketahui kredibilitinya. Yang diperlukan hanyalah sedikit perubahan atau tranformasi bagi menambah baik sistem yang sedia ada, bukan membentuk sistem baru. Seperti yang Parang Pedang katakan, jangan sampai menyesal kerana tersalah pilih ‘makanan’. Semata-mata inginkan lebih masin, terpilih yang langsung tak bergaram.