Sempena pembukaan tahun 2012 ini,Parang Pedang dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Perpaduan antara kaum merupakan tunjang kekuatan Malaysia dalam menghadapi cabaran dari luar. Kita semua tak kira bangsa apa pun harus menerapkan sikap toleransi antara satu sama lain. Setiap warga ibarat sebuah keluarga besar dan mampu duduk semeja sebumbung dalam membangunkan negara. Pada pendapat Parang Pedang, tidak ada salahnya merayakan sesuatu perayaan itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama kita. Jika dilihat dari sudut positif, kita akan lebih mengenali tentang kepelbagaian sesuatu budaya melalui pengalaman meraikan perayaan bersama.
Pihak luar terutamanya yang iri hati dengan kemakmuran Malaysia sentiasa menunggu peluang untuk menghasut rakyat negara ini agar berpecah belah dan melalui cara ini sahajalah Malaysia akan dijajah semula. Besar harapan Parang Pedang untuk melihat penyatuan antara kaum menjadi lebih erat lagi sekali gus menjadi tamparan besar buat mata-mata yang dengki dengan negara ini terutamanya musuh dalam selimut.
Akhir kata dari Parang Pedang, Selamat Tahun Baru Cina.
GONG XI FA CHOI !!!
No comments:
Post a Comment