Monday, April 22, 2013

Tidak Islamkah UMNO sehinggakan Dato Fauzi Shaari mengkhianati parti bangsa sendiri?

Aku tak sangka, seorang bekas penjawat awam yang telah sekian lama menabur jasa bakti kepada masyarakat dalam negara ini akhirnya berpihak kepada sebuah parti bertopengkan Islam diluar semata-mata. Siapa yang tak kenal dengan dato Fauzi Shaari, seorang bekas pegawai tinggi dalam PDRM.

Aku lihat Dato Fauzi Shaari dah macam kacang lupakan kulit apabila sebaik bersara dari kerjaya polis, memperolehi gelaran Dato' oleh Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ketika itu, menikmati pencen kerajaan dan pelbagai kemudahan lain. Akhirnya menjadi pengkhianat dalam usaha sebuah kerosakan keharmonian negara.

Apakah Dato Fauzi Shaari tak sedar kesan akibat dari pemerintahan PAS yang tak matang itu boleh memusnahkan negara dalam sekelip mata saja. Apa guna ijazah yang dia miliki? Ijazah sarjana Muda Sejarah... Sudah buta sejarah ke Dato Fauzi Shaari? Tak sedar dengan siapa dia bersekutu, tak sedar bangsa mana yang dia ingin berseteru.

Bagi aku, kita semua terutamanya masyarakat Larut tak layak memberikan undi kepada Dato Fauzi Shaari. Apa jasa dia selama tempoh menyertai PAS jika dibandingkan saat dia bertugas dalam PDRM.

Jelas sekali Dato Fauzi Shaari adalah seorang yang hipokrit dalam tugasnya. Dia tidak setia pada khidmat baktinya ketika dalam jabatan polis suatu ketika dahulu. Apakah dia akan setia pada rakyat jika terpilih sebagai pemimpin masyarakat Larut nanti?

Beringat sebelum kena, jangan undi dia sebelum terlambat.... Sesal kemudian takkan berguna lagi.

P/s: orang PAS Larut sendiri tolak kemunculan Dato Fauzi Shaari ke sana, apatah lagi kita yang tak kenal sangat dengan cLon ni...

No comments: