Aduhai Tuan Guru,
tiadalah beza kau dan abuya Ashari Mohamad. Dia ulama, kau juga ulama. Walau dia dijalan tareqat sedang kau dijalan syariat. Kau kafirkan orang UMNO lalu aku mendaulatkan kata-katamu. Menjadi setiap lafaz pada kalimah zikirku.
Aduhai tuan guru,
Tidaklah kau makan sembelihan UMNO kerana kau kafirkan mereka. Lalu aku mengikut sunnahmu wahai tuan guru, bahkan aku melakukan lebih dari itu. Anakku haram mengahwini anak mereka biarpun nabi kita menghalalkannya.
Aduhai tuan guru,
Syariat mereka tidak kau terima, bahkan kau kata haram menyembahyangkan jenazah orang UMNO kerana kiblat mereka tak sama seperti kita. Haram berimamkan mereka kerana amalan kita akan ditolak. Kubur kita dan mereka tidak holeh dikongsi bersama.
Aduhai tuan guru,
Kini sakaratul maut menghampiriku. Yang menziarahiku bukanlah ahli dari partimu. Tetapi mereka yang menjadi jiran, sahabat dan saudara maraku sedang mereka bukan seahaluan dengan parti aku. Yang membacakan Yasiin untuk ku bukanlah dari partimu wahai tuan guru, tetapi mereka yang pernah aku cerca dahulu.
Tinggallah dikau tuan guru,
Aku tak mampu menafikan lagi, aku pasrah menerima ajaran ilmu terakhir dari mereka yang bukan ahli partimu. Ajaran melafazkan dua kalimah syahadah sebelum nyawa berakhir dikeringkong ku oleh mereka yang bukan dari partimu. Disaat kau sedang sibuk berkempen jihad perjuangan partimu. Tinggallah aku keseorang menghadapi malikil maut yang menunggu saat janji tuhanku.
No comments:
Post a Comment