Aku tak boleh menafikan bahawa selama ini dendamnya pada umat melayu takkan berkesudahan. Bermula dari kejatuhannya oleh orang melayu sendiri dan sokongan oleh orang bukan melayu terhadap dirinya membuatkan kebencian terhadap bangsa sendiri semakin meluap-luap...
Demi menentang bangsa melayu, konsep parti seperti yang diperjuangkan oleh Dato Onn Jaafar selepas keluar dari UMNO diambil iaitu mencampur adukkan semua kaum dalam satu parti. Aku lihat juga bahawa menerusi konsep semua kaum dalam satu parti ni membuatkan dia boleh bergabung dengan mana-mana parti jua.
Anwar tahu bahawa menggabungkan semua kaum dalam satu parti akan meletakkan kesemuanya sama baris dan tiada wujud mana-mana ketuanan. Ini bagi aku amat membahayakan ketuanan serta hak bumiputera. Bayangkan dengan keadaan kita sekarang ni yang agak ketinggalan, jika kuota bumiputera dihapuskan.... Banyak perkara kita akan terlepas. Atas sebab itulah UMNO perjuangkan tanpa diketahui oleh pembangkang yang terdiri dari bangsa sendiri. Inilah bangsa yang makan bangsa kerana mahu membunuh hak orang melayu.....
Jika orang tahu matlamat Anwar Ibrahim ni, mesti orang melayu takkan bagi peluang dia mentadbir negara. Jadi, korang fikir la sendiri... Apa yang baik untuk korang, apa yang buruk... Ingat, demokrasi memerlukan suara orang ramai... Kalau korang semua pilih dia, aku tak boleh buat apa-apa pun.. Sama jugak dengan suara minoriti yang tahu perangai serta matlamat Anwar Ibrahim ni.. Terserah pada korang...
No comments:
Post a Comment