Sunday, April 28, 2013

Nazri Din Kubu Gajah pembohong. UMNO Larut tak pernah takut untuk berdebat dengannya.



Aku difahamkan bahawa si pembohong Nazri Din seorang calon PAS DUN Kubu Gajah menyelar tindakan UMNO Larut atas tuduhan pengecut tak mahu berdebat. Sebenarnya siapa yang takut berdebat? Dia (Nazri) yang mengeluarkan kenyataan tersebut tak lama dahulu sebenarnya seorang yang tak berani bersuara secara berdepan dengan UMNO.

Berpandukan masa dan tempat yang tak sesuai, Nazri Din cuba memusingkan isu debatnya dengan menuduh UMNO bacul. Mohd Anuar Ariffin selaku ketua pemuda UMNO Kubu Gajah bukan sengaja tidak hadir dalam debat tersebut, sebaliknya Nazri sendiri memilih masa dan tempat yang bertentangan dengan waktu yang sesuai dengan kedua-dua pihak.

Ekoran keengganan Mohd Annuar menuruti kehendak masa dan tempat pilihan PAS tersebut, isu diputar belitkan oleh Nazri dengan tuduhan UMNO pengecut. Siapa sebenarnya yang pengecut? Yang meletakkan masa tak sesuai atau yang enggan menuruti kehendak si putar belit?

Aku tahu si Nazri ni yang sebenarnya pengacut bila dia spin cerita sebenar. Orang macam ni ke yang kita nak ambil jadi wakil rakyat? Bayangkan bila dah jadi pemimpin, habis semua orang kena putar alamnya.... Aku nasihatkan korang semua di Kubu Gajah supaya berhati-hati dengan Nazri Din ni....

No comments: