Thursday, April 4, 2013

PAS ANTARA YANG TERLIBAT CUBAAN PENUBUHAN MALAYAN UNION

Betul ke? Aku taknak komen panjang kat sini. Cuma aku nak korang kenang masa zaman tok nenek kita dulu sikit punya teruk minta penyatuan bangsa melayu demi mencegah tertubuhnya Malayan Union yang secara jelas akan mencabul hak ketuanan melayu.

Apa yang korang tahu tentang Malayan Union? Korang ingat Malayan Union ni bagus ke? Woooo... Sorry bro, kalau ada Malayan Union atau MU (bukan Manchester United tau) ni... Tak merasa la kuota untuk bumiputera macam yang korang nikmati sekarang....

Tapi apa yang aku heran, dalam waktu pejuang Melayu yang ketika itu atas tiket UMNO sedang menentang usaha penubuhan Malayan Union ni... Datang pulak sekelompok barua dari Puak PAS yang tak mahu menyokong apatah lagi membantu pejuang ini menghalang wujudnya MU... Malah dihasutnya orang lain supaya tak pergi membantu pejuang-pejuang ni....

Memang PAS sentiasa ada untuk timbulkan masalah dalam negara. Tapi atas kebijaksanaan pemimpin kita dulu berjaya memujuk Sultan untuk tidak menandatangani surat persetujuan penubuhan Malayan Union...

Ingat, PAS tak terlibat dalam perjuangan ni... Mereka menjadi batu api kepada perpecahan orang melayu ketika itu... Kini generasi baru hasil tarbiyah mereka pula menyambung misi sulit ini. Berhati-hatilah sebab korang sedang berhadapan dengan situasi sama ketika pejuang menentang kewujudan Malayan Union.

No comments: