Sebaik-baik wang yang halal adalah dari sumber yang suci bersih. Ini akan menjamin diri kita didunia dan akhirat. Namun begitu, nasib sebahagian rakyat Pulau Pinang agak malang kerana menerima bantuan dari kerajaan Pulau pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng berupa harta yang haram. Sayang sekali kerana selama ini beliau (Lim Guan Eng) yang mengagumi Khalifah Islam bertindak melakukan perbuatan terkutuk dengan menyuap perut rakyat menggunakan hasil wang perjudian. Pada hari ini sahaja seramai 60 penerima wang ehsan berkenaan telah bertindak memulangkan semula wang tersebut.
Bolehkah pengkhianat sebegini diberi kemaafan kerana dengan sengaja menggunakan wang haram untuk dijadikan darah daging rakyatnya? bagaimana pula jika wang berkenaan digunakan sebagai salah satu sumber untuk menunaikan haji pada masa depan? Apa yang Parang pedang tahu tentang sumber wang ini, ianya datang dari hasil kelab judi lumba kuda Pulau Pinang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ia dari sumber yang salah. Bagaimana kerajaan pimpinan Lim Guan Eng boleh menutup mata dalam hal sensitif begini?
Kepada Rakyat Pulau Pinang khususnya, Parang pedang nak pesan supaya pada masa akan datang ini, pilihlah kerajaan yang tahu hukum halal dan haram kerana daripadanya akan membawa kesejahteraan serta kemakmuran rakyat.
No comments:
Post a Comment