Sunday, October 10, 2010

Galas

Semalam Parang pedang Dalam perjalanan nak ke Tesco Pengkalan (Station 18), sebelum tu singgah kejap di Warung Limau Tambun. Dalam masa tengah nak duduk tu, tertembung sekelompok pemuda. Mulanya tak ambik kisah sangat sebabnya memang orang ramai ada disitu, tapi sekali pandang Parang pedang tengok macam kenal sangat dengan baju vest yang dipakai kumpulan tersebut. Rupa-rupanya mereka semua ahli PAS bahagian Gopeng. Dengan penuh bangga memakai pakaian berlambangkan 'bulan purnama', Parang Pedang rasa mereka ni akan bertolak ke Galas melalui jalan Gua Musang - Cameron Highland.

Pada pendapat Parang Pedang sendiri, semangat mereka cukup tinggi dalam perjuangan parti. Tetapi sayang sekali kerana taat setia mereka yang membabi buta sehinggakan sanggup menikam saudara seagama dan melabelkan mereka yang bukan sebumbung parti sebagai kafir.

Masih segar dalam ingatan ketika Parang pedang menyertai kempen akhir pilihanraya Bukit Gantang. Masa ada perbalahan kecil antara parang pedang dengan seorang penyokong PAS, kawan teman sendiri cuba leraikan pertengkaran tu. antara dialog yang masih Parang pedang ingat tu...

Kawan Parang pedang: sudah la tu, kita ni saudara seislam tak elok gaduh gaduh macam ni.

Penyokong PAS: ah, takder Islam-islam.

Dari dialog ni , nampak sangat Penyokong PAS ni dah sampai tahap fanatik melampaui batas. Harapnya pada pilihanraya Galas akan datang ni, sama-samalah kita hormat antara satu sama lain tanpa menghina atau mengeluarkan kata kesat sesama kita. Bukan apa, sebagai umat Islam kita semua bersaudara tanpa mengira warna kulit atau fahaman politik.

Pesan Parang pedang kepada para penyokong PAS, jangan jadikan parti sebagai penghalang untuk berbaik dengan pihak lawan.

Kepada jentera UMNO, Parang pedang mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Allah memberikan kemenangan buat pihak kita, insyaallah.

No comments: