Wednesday, October 13, 2010

Ibrahim Ali Dilucutkan Gelaran Dato'?

Hari ini dunia politik Malaysia digemparkan dengan perlucutan gelaran Dato' terhadap Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Darjah kebesaran yang diterima beliau ketika Kelantan dibawah naungan Tuanku Sultan Ismail Petra ditarik balik ketika pemerintahan Sultan Kelantan kini iaitu Tuanku Muhammad V. Perlucutan Darjah kebesaran kelantan itu dilakukan tanpa mengetahui sebabnya oleh beliau. Walau bagaimanapun beliau masih bergelar Dato' menerusi darjah kebesaran DPMS dan DMSM dari Melaka dan Selangor.

Beliau yang ditemui berkata sekalipun darjah kebesaran itu ditarik semula, namun ketaatan setianya tidak akan berbelah bahagi terhadap Raja Melayu. Ketika ditemui didalam temuramahnya berkata “Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku.”

Beliau yang memenangi kerusi Pasir Mas, kelantan atas tiket PAS telah bertindak memberikan sokongan kepada UMNO sebagai wakil Bebas. berkikutan tindakannya telah menaikkan kemarahan penyokong PAS dan mendesak Ibrahim Ali supaya melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat Pasir Mas.

Beliau yang kini menjadi presiden PERKASA terus memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan menjadi platform bagi pengukuhan bangsa Melayu. Bagi Parang pedang, apa yang terjadi segalanya mempunyai hikmah dan diharapkan beliau terus bangkit membela nasib bangsa.

Parang pedang tak berpihak kepada sesiapa pun tetapi kalau boleh janganlah ada niat dihati kita sebagai umat Islam secara amnya dan sebagai bangsa melayu khususnya untuk menjatuhkan saudara sendiri. Semoga Dato Ibrahim Ali meneruskan usahanya membela nasib bangsa.

No comments: