Thursday, October 14, 2010

PROTES MENGELUARKAN ARTIKEL TENTANG PERAK




Bismillahirrahmannirrahim...Parang pedang dengan ini menyokong penuh "protes senyap" berkenaan pengeluaran sebarang artikel tentang isu di Perak. Bukan nak memberontak, tetapi nak mempertahankan hak Parang pedang serta rakan seperjuangan barisan pahlawan siber. Selama ini peruntukan yang sepatutnya dimiliki secara saksama antara pejuang blogger telah dikhianati oleh puak-puak yang pelahap. Tak perlulah disebut siapa puak tu asalkan mereka sedar selama ini mereka telah makan wang haram.

Selama beberapa bulan selepas Perak dimenangi semula oleh kerajaan BN, Peruntukan tersebut telah mula diberi oleh pihak tertentu, tetapi telah disalahgunakan oleh pengkhianat ini. Selama beberapa bulan ini juga Parang pedang dan saf pejuang terpaksa menelan pahit kerana berjuang tanpa dana yang patut diterima.

Demi menuntut hak saksama, Parang pedang dan barisan pejuang akan bersama-sama berganding bahu bergerak seiring memprotes dengan menghentikan sebarang penulisan berkenaan penulisan blog tentang situasi di Perak.



BESAR PUNYA

No comments: