Tuesday, December 9, 2014

Pembatalan Pasport Alvin Tan satu rahmat.

Semalam kita telah dikhabarkan bahawa pasport milik Alvin Tan telah dibatalkan sekaligus meletakkan status Alvin Tan sebagai pendatang asing tanpa izin dinegara yang dikunjunginya. Kesan penarikan semula pasport tersebut membawa erti bahawa Alvin Tan boleh ditahan bila-bila masa sahaja di luar Malaysia. Maka dengan ini Alvin Tan mahu tidak mahu akan kembali juga ke tanah air sama ada secara rela atau secara paksa.

Jika Alvin Tan mahu pulang ke sini semula, dia terpaksa hadir ke kedutaan Malaysia bagi mengisi dokumen dan melalui beberapa prosedur yang lain. Manakala di Malaysia pula kita sedia maklum bahawa semua orang termasuk pihak polis akan menyambut Alvin Tan dengan mesra sekali.

Walau bagaimana pun, jika Alvin Tan enggan pulang ke Malaysia, maka dia akan tetap berstatus pendatang asing tanpa izin disana. Jika benar apa yang aku cakap sebelum ni iaitu Alvin Tan seorang ejen risikan Amerika, mungkin dia akan menerima status penduduk tetap disana atau mendapat perlindungan khas kerajaan Amerika.

(Aku berani menghentam Alvin Tan kat sini sebab aku tahu Alvin Tan tak boleh buat apa-apa disebabkan tindakan bodohnya sebelum ni.)

Apa pun kita mesti ingat bahawa Alvin Tan adalah ayam tambatan kepada parti PAP di Singapura (yang aku jangka sedang merancang pembentukan Singapura Utara). Maka tidak mustahil kerajaan Amerika akan melakukan sesuatu agar Alvin Tan dapat dikirim ke Singapura yang lebih dekat dengan Malaysia. Bagaimana caranya? Kita lebih tahu bahawa Amerika mempunyai muslihat jahat yang mampu menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

Dia (Alvin Tan) akan membuat apa saja cara bagi membalas dendam pada rakyat Malaysia dengan jarum halus bagi mengkucar-kacirkan kestabilan negara kita. Tindakan kerajaan Malaysia membatalkan pasport Alvin Tan merupakan satu tindakan bijak bagi memerangkap dia daripada meneruskan rancangannya.

Sebelum ini Alvin Tan telah mencabar KDN untuk membatalkan pasportnya kerana beranggapan itu sekadar bualan kosong. Sebaliknya kerajaan terlalu banyak bersabar dengan Alvin Tan yang semakin biadap. Kini Alvin Tan mula terperangkap dengan permainan yang diciptanya sendiri.

Menjadi satu rahmat buat kita rakyat Malaysia dengan tindakan terhadap Alvin Tan. Diharapkan tidak akan wujud lagi orang seperti Alvin Tan selepas ini.






No comments: