Sunday, December 7, 2014

Alvin Tan, Ejen CIA.

Baru-baru ini, ekoran pengekalan Akta Hasutan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib di PWTC sempena PAU2014, seorang barua pembangkang yang bernama Alvin Tan telah menyebarkan dakyah jahatnya kepada kerajaan Amerika sekaligus cuba menghasut USA untuk campur tangan dalam pentadbiran negara. Dia (Alvin Tan) sedar bahawa kemasukannya semula ke dalam negara ini bakal mengundang padah pada dirinya apabila akan disabitkan dengan kesalahan dibawah akta hasutan.

Dengan kerjasama hubungan atas talian bersama beberapa pemimpin pembangkang dinegara ini, Alvin Tan telah merancang sesuatu tindakan agar pentadbiran negara diberi tekanan oleh negara luar.

Dengan dana yang dimiliki oleh Alvin Tan hasil pemberian pihak tertentu, memudahkan dirinya bergerak secara aktif menjalankan kempen halusnya menentang negara khususnya Kerajaan BN secara terancang. 

Kebarangkalian, Alvin Tan tidak menggunakan akses akaun banknya sendiri kerana tahu ia boleh dibekukan oleh Karajaan Malaysia atas faktor keselamatan negara. Beberapa akaun pihak ketiga diguna pakai sebagai langkah keselamatan. 

Melihat pada tindakan yang dilakukan oleh Alvin Tan, adakah kemungkinan dia salah seorang ejen CIA yang dilantik oleh USA atas sebab maklumat yang dimiliki oleh Alvin Tan berkenaan negara kita?

Mengapa kerajaan Amerika membiarkan Alvin Tan bebas sesuka hatinya disana? Bahkan cubaan campur tangan yang dilakukan oleh Alvin Tan boleh menggugat kestabilan pentadbiran kita. Pelbagai provokasi dilakukan bagi menaikkan kemarahan pihak kerajaan Malaysia disamping tekanan oleh Amerika berkenaan akta hasutan. 

Ini jika diperhalusi, menunjukkan seolah olah jika Alvin Tan diambil tindakan , maka akan kelihatan salah di pihak kita dan itu yang mahu dilakukan oleh Alvin Tan apabila pulang ke Malaysia kelak dalam keadaan dia diperhatikan lleh pihak Amerika.

Dengan cara demikian, Amerika akan mengambil sesuatu tindakan atas alasan pencabulan hak asasi manusia. Jika ini berlaku, musibah akan melanda negara hanya disebabkan oleh seorang yang mungkin bergelar ejen CIA. Ini adalah satu satunya jalan untuk menembusi negara melalui taktik kotor dari tangan rakyat Malaysia sendiri.

Akan tetapi, kita tidak boleh melihat Alvin Tan sebagai target utama. Kemungkinan besar wujudnya tangan tersembunyi yang bertindak sebagai master mind bagi misi rahsia ini. Siapakah master mind tersebut? Parang Pedang hanya mampu membuat spekulasi.

Kita harus tahu hanya dua parti saja yang aktif dipihak pembangkang. Iaitu PKR dan DAP. Dan harus diketahui juga bahawa DAP mempunyai kaitan dengan PAP di Singapura. Harus juga Parang Pedang beritahu bahwa PAP yang memegang tampuk pemerintahan Singapura mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat serta Israel. 

Dari apa yang Parang Pedang tahu juga, Malaysia pernah jadi sasaran Israel kerana tindakan menyokong Palestian. Alvin Tan tahu bahawa rakyat Malaysia sangat sensitif berkaitan isu agama. Oleh demikian, inilah isu yang selalu dimainkan olehnya bagi mengkucar kacirkan negara. 

Parapembaca boleh menilai sendiri seterusnya membuat kesimpulan daripada apa yang ditulis disini tentang siapakah Alvin Tan yang sebenarnya. Bagaimana latihan yang diberikan kepadanya supaya menjalankan jarum halus ini.

No comments: