Monday, December 8, 2014

Kebarangkalian Alvin Tan Ejen perisik negara luar adalah benar.

Keberanian Alvin Tan mencabar pihak kerajaan untuk membatalkan passportnya merupakan suatu tindakan biadap kerana bukan sahaja tidak mahu meminta maaf, bahkan turut menghina kerajaan Malaysia. 

Mungkin disebabkan dia telah mengkaji kuat lemah sistem perundangan yang ada menyebabkan dia mencabar undang-undang dinegara kita. Alvin Tan seharusnya dihukum buang negara atas beberapa faktor kesalahan yang pernah dia lakukan sebelum ini.

Kenapa Alvin Tan tidak takut mengeluarkan kenyataan menghina kerajaan Malaysia. Pada pendapat aku, Alvin Tan mempunyai sokongan oleh sesebuah pihak di Luar Negara. Kita sedia maklum bahawa USA memiliki beberapa buah agensi risikan yang bertindak mengumpul maklumat berkenaan hal ehwal dalaman dan luar negara.

Ditambah pula beberapa orang tokoh pembangkang yang muka menjalinkan hubungan baik dengan pihak kerajaan USA. Maka lebih mudah bagi Alvin Tan mendekati mereka , mungkin sebagai pemberi maklumat bahkan lebih buruk lagi ialah dilantik sebagai ejen. 

Mungkin ada diantara pembaca yang melihat ini bukan satu kemungkinan kerana dari segi personaliti Alvin Tan yang seperti kanak-kanak. Dan kelihatan lebih kepada bintang porni apabila bergandingan dengan Vivian Chong.

Tapi itu hakikat yang kita perlu pandang serius apabila berhadapan dengan lelaki licik ini. Sebagai seorang penganut Katholik, Alvin Tan mahu negara kita ini dipegang oleh agama kristian secara total dan menghapuskan agama lain yang tidak selari dengannya. Maka dengan bantuan USA, Alvin Tan menjalankan misi jarum halusnya selaku pemberi maklumat kepada ejen risikan Amerika merangkap pemain psikologi perkauman terhadap rakyat Malaysia. 

Dalam istilah lain, Kerajaan Malaysia terpaksa berhadapan dengan dua tekanan yang tak sepatutnya berlaku. Ini yang dikehendaki oleh Alvin Tan agar pembentukan Malaysia selari dengan negara republik Singapura pimpinan PAP iaitu mentor kepada DAP.

Kita tak tahu berapa ramai lagi ejen risikan negara luar yang wujud seperti Alvin Tan untuk menggugat kestabilan Malaysia. Cuma sebagai rakyat yang punyai pemikiran rasional, mampu melihat permainan Alvin Tan, pembangkang dalam negara , pihak negara jiran dan pihak risikan USA.


No comments: