Selama ni asyik cerita bab politik saja.. Sekali sekala perlu juga cerita bab kesihatan. Ikuti cerita dibawah ini sebagai iktibar buat kaum lelaki.
Hari ni Parang Pedang nak cerita sikit bab tenaga batin, bukan ilmu batin. Dulu ada juga cerita bab urut batin, tapi kali ni ada susulannya tentang kisah kebatinan apabila terbaca kisah cincin menguatkan alat kelamin tersangkut pada zakar seorang lelaki hingga anggota Bomba terpaksa memotong cincin tersebut.
Seperti kebiasaan, cincin pembesar alat kelamin tersebut diperbuat dari getah. Tapi kali ni pula lelaki tersebut menggunakan cincin besi berukuran saiz 50 sen. Berita yang diperolehi dari akhbar harian metro bertarikh 13 Oktober 2012.
Untuk penjelasan lanjut tentang cincin ni, fungsi sebenarnya ialah untuk menghalang aliran darah dari kembali ke pangkal zakar setelah memasuki bahagian takuknya. Penggunaan cecincin ini hanya untuk sementara sahaja dan bukan untuk tempoh masa yang lama.
Terdapat banyak variasi cincin ini dipasaran dan ada yang membuatnya sendiri dari getah gelang dan terbaru kali ini menggunakan cecincin yang diperbuat dari besi. Kesan akibatnya boleh menyebabkan zakar bengkak dan bertukar menjadi lebam.
Kembali semula kepada kisah lelaki yang tersangkut cincin besi pada alat kelaminnya. Anggota Bomba telah berjaya menyelamatkan lelaki tersebut dari bahana cincin yang dipakainya.
Nasihat Parang Pedang disini, biarlah kita kekal dengan apa yang telah Tuhan anugerahkan.
1 comment:
Booster ni...hehehe
Post a Comment