Sunday, April 25, 2010

Nik aziz pesongkan maksud Ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah.

Cubaan Nik Aziz dalam membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh sekutu mereka membuktikan beliau cuba menegakkan benang yang basah. Ini dilihat apabila beliau cuba mencungkil habis segala isi kandungan Al-Quran dan
Hadith Rasulullah serta mentafsirkannya mengikut pandangan peribadi beliau. Apakah layak segala ajaran beliau diterima umat Islam?Kita lihat sahaja apabila Tuanku Baginda Sultan Selangor bertitah melarang penggunaan Masjid lalu beliau menentang dengan mengatakan politik dibenarkan di masjid. Kita kena tahu bahawa Zaman Rasulullah dahulu politik dibincangkan atas kepentingan semua dan bukannya untuk kepentingan peribadi. Penggunaan Masjid sebagai medan politik harus bersifat adil dimana semua pihak duduk semeja dan berunding, bukan suara dari sebelah pihak semata-mata. maka lihatlah pembohongan serta pentafsiran yang salah.

Bagi UMNORS, ini ibarat makan Ayam kentaki tapi mengaku rasa pizza Hut.

2 comments:

agbr47 said...

Orang saperti itu telah di jelaskan oleh Allah sebagaimana Surah Al-Imran: 7.

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."

agbr47: Berserban tidak mesti ulama, DAP pun boleh tafsir Quran.

Laksamana Parang Pedang said...

Benar tu saudara Abdul Ghani. Mereka (DAP) juga boleh mentafsir Al-Quran tetapi tidak memahami apa yang disampaikan melaluinya. Apakah mahu kita mentafsirkan ayat al-Quran yang suci dengan cara kafir? sudah tentu tidak kerana selain Al-Quran, Allah turut mengiktiraf kebenaran hadith Baginda serta perbincangan sesama Ulama. itulah sebabnya Rasulullah menganjurkan supaya duduk semeja berbincang tentang sesuatu perkara. Tidak seperti pihak lawan yang hanya memenangkan pihak mereka semata-mata.