Tanggal 25 April 2010 merupakan detik permulaan kebangkitan Barisan Nasional ke jiwa rakyat semula. UMNORS rasa tak perlulah nak dinyatakan jumlah undi yang dimenangi atau perbezaan undi serta peratusannya. UMNORS bukan apa, nak elakkan dari jadi macam Anwar anak lelaki Ibrahim je yang selalu meletakkan nombor sebagai matlamat. Apa yang penting adalah Hulu Selangor telah memulakan sejarah kebangkitan barisan Nasional dengan mengikuti jejak langkah Perak yang telah mula mendakap Barisan Nasional sebagai perti yang memerintah. Alhamdulillah akhirnya Hulu Selangor telah mengikat rangkaian BN bersama Perak.
Ada juga lepas kemenangan ni membuat andaian bodoh pulak. Contohnya Zaid Ibrahim berkata bahawa kemenangan BN adalah kerana rakyatnya dibeli. Betul ke bang Zaid? Bukan ke duit tu sebagai pemberian hak kepada mereka yang memerlukannya? BN jika bagi duit pun tapi kalau dah hati kepada pembangkang, mereka tetap sokong pembangkang. Tapi hairan ya, kenapa BN pula yang dipilih? Senang saja Bang Zaid, mereka dah serik bila puak-puak PKR perah keringat rakyat telah menipu mereka ketika berjaya memenangi pilihanraya lalu. Kita ingat balik janji Anwar anak lelaki Ibrahim menjanjikan hak pemilikan tanah kepada penduduk kampong Buah Pala bila dah mendapat kemenangan undian pilihanraya lalu, apa dah jadi sekarang? Hancur luluh hati mereka memandang sayu melihat rumah dirobohkan. Mana janji Bang Anwar Anak lelaki Ibrahim? Masuk depan keluar belakangkah?
Nik Aziz pula, belum pun membangunkan negeri Kelantan dengan baik dah mula nak jadi cowboy tua di negeri Selangor. Dah tu pulak siap dengan cita-cita nak jadi Sultan pulak, mana tidaknya kalau dah Baginda Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya jangan berceramah politik di masjid tapi dia pulak berfatwa bahawa berceramah poltik dimasjid tu tak salah. UMNORS cadangkan supaya Pokcik Cowboy Tua pergilah cuci darah sikit supaya otak tu segar semula.
Disini UMNORS nak pesan sikit kat kenalan dan insan seusia dengan diri ini agar bukalah minda masing-masing. Alang-alang nak hisap rokok biar hisap rokok, jangan hisap cerut. Kalau nak main politik, mainlah atas landasan yang betul. Yang UMNORS tahu, orang yang tak belajar sejarah saja yang akan berpihak pada keluarga Anwar anak lelaki Ibrahim. Siapa tak kenal anwar anak lelaki Ibrahim, bekas orang kuat ABIM dulu, lepas tu Tun Mahathir menjemput dia menyertai UMNO. Kemudian dia mengkhianati UMNO pulak dengan isu rasuahnya termasuk liwat (anak pembangkang kata ‘lewat’ atau ‘lambat’ – hasil dari penerangan mak bapaknya). Bertapa banyaknya orang yang telah dikecewakan oleh malaun besar. Inti termasuk juga penduduk Kampung Buah Pala yang telah dipijak kepala oleh geng-geng Anwar Ibrahim ni.
Selepas ini harapnya semua orang sedar bahawa puak-puak Anwar Ibrahim tidak mampu melunaskan janjinya kepada rakyat, kalau ada dana pun itu bukan dari beliau sendiri atau partinya. Mana datangnya dana beliau kalau bukan dari puak-puak luar Malaysia (faham-fahamlah dari mana tu). Takut-taku nanti tanah air kita tergadai kerananya. Fikir-fikirkanlah, semoga kita semua terlindung dari kezaliman mereka serta konco-konconya.
No comments:
Post a Comment