Friday, April 30, 2010

HARGA SEORANG BLOGGER RM 4 JUTA JER...

Lelong..Lelong...Lelong..... 1 orang 4 juta...1 orang 4 juta....Mari..Mari...Mari...

Itulah nilainya seorang penulis Blog yang menerima wang peruntukan (Ada jugak istilah peruntukan dalam PAS) sebanyak Empat Juta Ringgit Malaysia RM4,000,000.00 bagi menjatuhkan kerajaan BN. Pakcik kaya!! gelaran yang sesuai bagi seorang penulis blog yang menjadi suruhan puak pembangkang, Syed Azidi (kickdefella). Permainan politik yang diwujudkan oleh PAS itu bukanlah suatu yang mengejutkan kerana memang sudah menjadi rasmi PAS bahawa segala apa yang mereka lakukan adalah 'sah' walaupun kotor. Namun apa yang mengejutkan UMNORS adalah nilai yang dibayar oleh PAS, 4 Juta Ringgit Malaysia. Mana mereka dapat wang sebanyak itu? Dari dana asingkah? Harap pihak SPRM dapat menyiasat hingga ke akar umbi dan menyelesaikannya. Syed Azidi sendiri mengaku menerima wang berkenaan bagi menjatuhkan kredibiliti Tun abdullah Bin Ahmad badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 4 Juta untuk 3 Tahun sudah cukup mewah bagi beliau memenuhi apa jua impian. Inikah corak PAS yang suka membazirkan wang parti? Mengabaikan kebanyakan rakyat Kelantan yang miskin demi nafsu untuk menebarkan fitnah. Namun begitu, mengapa rakyat Kelantan masih memilih PAS sebagai parti pilihan? Rakyat Kelantan harus sedar selama ini sejak sekian puluhan tahun lamanya mereka telah tertipu oleh mainan politik kotor pembangkang. Lihat sahajalah nilai wang yang dibayar kepada seorang penulis blog Syed Azidi sebenarnya boleh digunakan untuk menampung dana bantuan kemiskinan rakyat Kelantan seperti pembinaan rumah orang miskin, program rakyat dan pembangunan negeri. Akan tetapi lain pula jadinya apabila kesemua wang tersebut menjadi milik Syed Azidi....

Bagi UMNORS, tak layak seorang blogger menerima wang sebegitu sedang rakyat dalam kesusahan. UMNORS sendiri pon buat blog ni secara percuma, demi agama bangsa serta tanah air.

No comments: